Saturday, July 26, 2008

"Saya Tidak Tahu Berbahasa Inggeris"

Memandangkan jarak dari Frankfurt Airport ke Quality hotel Kaiserhof hanya 11 km, kami bercadang mencuba subway dari Airport ke Hauptbanhof. Dalam bahasa german, Hauptbanhof adalah "main train station" manakala banhof merujuk kepada "train station". Ketika sampai di Frankfurt Airport, kami tercari-cari dimanakah tempat membeli tiket train ke Hauptbanhof. Saya berbaris apabila ternampak kaunter-kaunter yang ada gambar train. Di belakang saya adalah seorang wanita berbangsa german. Takut tersilap berbaris, saya pun bertanya wanita tersebut dalam bahasa Inggeris sebaliknya, beliau menjawab "Saya tidak tahu berbahasa inggeris". Terkejut juga saya kerana beliau pandai berbahasa melayu. Katanya, beliau kerap bertugas di Indonesia dan beliau dapat mengagak saya adalah orang Malaysia kerana beliau juga pernah berkunjung ke Malaysia. Katanya, pakaian orang Malaysia nampak lebih kemas dan up to date. Malah, rupa juga agak berbeza.

**Moral of the story: Berhati-hati jika bercakap bahasa melayu di luar negara, mungkin bangsa asing juga tahu berbahasa Melayu

No comments: