Sunday, July 13, 2008

Rothenburg Secret Garden

Conference di Rothenburg di adakan di Zum Rappen Hotel, bersebelahan dengan pintu masuk ke kota romantik Rothenburg ob der Tauber. Kota tersebut sungguh besar, beratus kali ganda jika dibandingkan dengan D'Colmar Tropicale Bukit Tinggi Malaysia. Dibina dalam kurun ke 13, kota ini merupakan tempat pelancongan terkenal yang menggamit ramai pengunjung dari seluruh dunia yang ingin merasakan suasana "ancient city".


Pintu masuk ke secret garden

Di bahagian belakang kota, terdapat "secret garden" yang sungguh mendamaikan. Conference yang bermula 8.30am dan tamat pada 2.30pm membolehkan kami bersiar-siar dan mengambil gambar di taman tersebut. Agak penat berjalan kerana lokasinya berada di belakang kota. Walaubagaimanapun, kepenatan tersebut hilang apabila melihat kehijauan alam semulajadi di taman tersebut.





No comments: