Sunday, July 13, 2008

PhD Candidate yang gelabah...


Ketika menghadiri sesi pembentangan Basha di Rothenburg, terdapat seorang PhD Candidate dari Australia. Di awal pembentangan, beliau memaklumkan agar para hadirin memberi komen terhadap pembentangan beliau supaya kajian PhD tersebut boleh di perbaiki. Beberapa orang peserta menyedari terdapat sedikit kesalahan iaitu tajuk dan theoretical frameworknya tidak selari. Beliau agak keliru dengan terms "association" dan "relationship". Pada pendapatnya, tiada beza antara kedua perkataan tersebut. Saya memberitahu, from statistical point of view, association represented by double headed arrow while relationship represented by a single headed arrow. Beliau berkeras mengatakan ianya tetap sama. Malah memberi contoh "I have relationship with you" adalah sama dengan "I have association with you". Beliau juga mengatakan kaedah SEM yang digunakannya tidak membezakan antara association dan relationship. Apabila ditegur bahawa dalam SEM association adalah double headed arrow dan digunakan dalam measurement model manakala relationship adalah single headed arrow dan digunakan dalam structural model beliau tetap tidak boleh menerima komen tersebut. Seorang Profesor dari Afrika menoleh ke arah saya dan Zaidi dan menggelengkan kepalanya selaras berkata "still a long way to go". Beliau melahirkan rasa kesalnya kerana pelajar tersebut tidak menerima komen hadirin sedangkan diawal sesi, meminta hadirin memberi komen.

Pengajaran daripada kes di atas:
Jika hadirin/panel memberi komen, ucapkan terima kasih dan maklumkan bahawa anda akan meneliti semula komen tersebut (kecuali anda betul-betul yakin bahawa kenyataan anda adalah 100% betul). Jika PhD candidate tersebut bersikap demikian ketika sesi viva, pasti "major correction" akan menanti beliau.

No comments: