Monday, July 14, 2008

Marktplatz @ Market Square

Bersama saudagar buah-buahan Import dari Turki yang sungguh gembira kerana dapat mengucapkan salam kepada kami. Malah, kami turut mendapat buah-buahan percuma daripada beliau.

Di hadapan City Hall & Hotel Gasthof Marktplatz

Bahagian hadapan City Hall

Marktplaz Rothenburg merupakan satu kawasan yang agak lapang berhadapan dengan Rothenburg City Hall. Dahulukala, tempat ini merupakan kawasan terbuka untuk menghukum kesalahan yang dilakukan seseorang termasuklah hukuman mati. Berdasarkan apa yang saya dengar, lebih kurang 20 orang telah dihukum bunuh di sini. Kini Marktplatz menjadi kawasan tumpuan pelancong kerana di sini terletak banyak hotel-hotel klasik, museum dan juga kedai-kedai cenderahati. Di sini juga adalah tempat pertemuan Nightwatchman, pemandu pelancong yang memberi khidmat waktu malam untuk berjalan-jalan sambil bercerita tentang kisah sejarah Rothenburg ob der Tauber.

No comments: