Thursday, July 17, 2008

Jalan-jalan Kaiserstrabe



Hari kedua di Frankfurt Seawal pukul 8 pagi kami keluar menyusuri jalan "Kaiserstrabe". Botol arak pecah bersepah di sana-sini. Ramai yang berparti agaknya kerana semalam adalah malam minggu. Jalan agak kosong. Hanya mesin pencuci jalan dan kenderaan penyedut sampah yang sibuk beroperasi. Namun apabila kami melalui simpang kedua di Kaiserstrabe, kelihatan beberapa orang pelancong yang sibuk mengambil gambar. Di penghujung simpang kedua, kelihatan sebuah taman indah yang menjadi tumpuan arnab-arnab mencari makan. Agak menarik, di sini terdapat arca kepala tergolek di tengah padang.

No comments: