Thursday, June 5, 2008

"Room of Silence"

Memandangkan tiket perjalanan saya ke Germany adalah KLIA-Frankfurt-Nuremberg, hari ini saya melayari internet untuk membuat travel planning. Sesuatu yang agak menarik di Airport Nuremberg adalah kita tidak perlu risau akan tempat untuk bersolat. Di sini terdapat "Room of Silence", iaitu tempat solat berstatus antarabangsa (untuk semua agama). Ketika di geneva 2 tahun dahulu, penerbangan awal pagi menyebabkan kami terpaksa mencari tempat sesuai untuk bersolat di lapangan terbang Geneva. Ada yang bersolat di celah tangga, tepi tangga, bawah tangga, manakala saya mendapat tempat yang agak strategik iaitu di hadapan kaunter Gulf Air yang masih belum di buka.
Ketika ke Korea, memandangkan penerbangan dari KLIA adalah selepas isya', ketika dalam pesawat, pramugari MAS akan memaklumkan kami apabila telah masuk waktu subuh. Maka kami pun bersolat dalam kapal terbang. Sedikit pengalaman pahit adalah ketika kami transit 11 jam di Los Angeles sementara menunggu flight ke Pittsburgh. Ketika waktu zohor, kami memohon kebenaran daripada pegawai di kaunter supaya membenarkan kami solat. Maka ditunjukkan kepada kami satu ruang yang agak tersorok, iaitu tempat simpanan kerusi roda. Pada waktu itu, kami tidak membawa sejadah kerana diberitahu, sejadah adalah lambang terrorist di US. Maka, solat hanya berlapikkan kertas-kertas A4 yang dicantum-cantum. Saya adalah orang yang kedua terakhir bersolat di terminal US Airways. Tiba-tiba, datang seorang pak guard berkulit hitam dan memarahi saya kerana bersolat di situ. Saya hanya memohon maaf kepadanya kerana walaupun telah memohon kebenaran pegawai kaunter, terpandangkan pistol yang agak besar terselit di pinggangnya, membuatkan kita takut untuk bersuara.
Pada waktu malam pula, ketika masuk maghrib, sekali lagi kami memohon untuk bersolat. Kali ini kami memberitahu pegawai kaunter bahawa kami dimarahi sebelum ini dan dia terus menyuruh kami bersolat dibelakang kaunternya. Namun agak mengecewakan apabila penumpang-penumpang lain yang turut menanti pesawat di dewan pelepasan melihat kami bersolat, mereka akan mula berubah tempat duduk agar jauh daripada kami. Macamlah kita ni terrorist..... hanya kerana bersolat. Itulah dugaan umat islam.

2 comments:

Balkish said...

bukan tu aje, the moment nampak kita pakai tudung pun depa dah start cuba menjauhkan diri...tapi i buat dek aje...anyway good luck to german..

Intan said...

TQ Balkish.