Monday, June 30, 2008

Kebab, Pizza & Nasi Turki

Apa yang lebih menarik setelah penat berjalan-jalan adalah tarikan menu-menu yang terpampang di kedai Turki berhampiran dengan Hotel Quality Kaiserhof. Kebab, Piza dan Nasi berlaukkan shredded chicken memang sungguh menyelerakan. Empat hari berada di Frankfurt, hanya sekali - sekala lauk pauk Brahims dan Tuna dalam Tin berusik. Nampakya, jangkaan awal untuk pengurangan berat beg tidak berlaku. Apatah lagi, dalam kedinginan 10 darjah celcius, menikmati nasi panas dan secawan coffee sungguh menyelerakan.


Makanan Turki lebih menyelerakan berbanding makanan Lebanon yang kami nikmati ketika di Geneva dahulu. harganya juga agak berpatutan. Tiga pinggan nasi beserta tiga cawan kopi hanyalah Euro 21.

Di Frankfurt, tidak susah untuk mencari makanan halal. Banyak kedai-kedai halal yang dimiliki oleh warga Turki. Yang penting, anda hanya perlu melihat logo halal, check sama ada kedai tersebut menjual minuman keras atau tidak dan lebih baik jika dapat berkomunikasi dengan pemilik kedai sendiri untuk bertanya. Zaidi cuba berkomunikasi dengan pemilik kedai dalam bahasa Arab walaupun kadang kala terasa ibarat ayam bercakap dengan kucing. Warga Turki ada juga yang mahir berbahasa Arab walaupun mereka adalah warganegara German.

No comments: