Thursday, June 12, 2008

Kasihan Mereka...

Keputusan peperiksaan sudah pun keluar. Minggu ini menjadi minggu yang begitu sibuk. Sibuk melayan para pelajar. Ada yang menangis sehingga bengkak mata gara-gara keputusan peperiksaan. Tidak boleh grad, scholarship nak kena tarik, dan pelbagai sebab musabab yang membuatkan mereka menangis. Maka jadilah saya sebagai seorang pendengar yang setia... ala-ala kaunselor rasanya. Memang tak silap Fakulti menghantar saya menghadiri kursus asas kaunseling pada minggu lepas. Maka dipraktikkan beberapa teknik dalam menghadapi karenah para pelajar.
Sesuatu yang saya sedari, menjadi seorang pensyarah sudah pasti kita sentiasa mempunyai keputusan peperiksaan yang baik ketika di zaman pelajar suatu ketika dahulu. Paling tidak, CGPA mesti 3.00 or above. Mungkin kita tidak pernah menghadapi masalah (menangis sehingga bengkak mata), kerana kita sentiasa cemerlang. Maka apabila kita berhadapan dengan situasi para pelajar yang sangkut paper di sana sini, para pelajar yang hilang keyakinan diri untuk terus belajar dll, maka agak sukar untuk membantu kerana kita tiada pengalaman sebegitu. Namun, Allah sentiasa memberi ilham kepada pendidik. Entah bagaimana, kadangkala saya hampir tidak percaya dengan apa yang mampu saya tuturkan sehingga membolehkan pelajar yang gagal kembali berkobar-kobar untuk berusaha dengan lebih gigih. Semoga usaha kita yang sedikit dapat membantu anak bangsa untuk berjuang mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

No comments: