Friday, June 13, 2008

Cuti-cuti & Conference Germany

Penerbangan ke Frankfurt akan berlepas dari KLIA malam ini pukul 11.50. Kami akan bercuti dahulu di Frankfurt s dan akan berlepas dari Frankfurt ke Nuremberg pada 17 Jun. Penerbangan dari Frankfurt ke Nuremberg hanyalah 50 minit. Pada mulanya saya bercadang untuk menaiki train sahaja namun memandangkan harga tiket kapal terbang lebih murah, ianya lebih mudah dan cepat. Dari Nuremberg, kami akan ke Rothenburg menaiki teksi (90km). Saya memilih hotel Zum Rappen, iaitu tempat conference tersebut diadakan. Mudah dan strategik. Conference bermula pada 18 Jun hingga 20 Jun. Giliran saya membentangkan penyelidikan adalah pada hari pertama untuk kedua-dua penyelidikan (Multiple Intelligence in Education & E-commerce in Tourism Industry). Zaidi juga akan membentangkan penyelidikannya pada hari yang sama. Berdasarkan senarai pembentangan yang saya dapat, ramai juga orang Malaysia yang akan ke sana. Sesuatu yang menarik berkaitan dengan conference ini, pihak penganjur akan memilih kertas kerja yang berkualiti untuk diterbitkan dalam beberapa jurnal mereka.


Penerbangan pulang adalah dari Nuremberg ke Frankfurt pada 21 Jun. Namun, kerana tidak sempat mengejar penerbangan MAS dari Frankfurt ke KLIA pada 21 Jun, pihak universiti bermurah hati menaja satu malam penginapan di Frankfurt, dan akan bertolak balik ke KLIA pada 22 Jun. Terima kasih kepada BLPS, UiTM di atas segala kemudahan yang diberikan.

No comments: