Tuesday, June 3, 2008

Akibat terlalu letih...

Kesibukan setelah tamat menguruskan markah exam dan pemilihan pelajar, disambung pula dengan kursus asas kaunseling selama 2 hari iaitu Isnin dan Selasa. Ketika hari pertama kursus, saya keluar waktu tengah hari dengan hajat di hati, nak menghantar lunch untuk adik bongsu. Kereta, saya parking di bahagian belakang business school. Ketika nak keluar parking, ada sebuah kereta "Merc" yang agak panjang, parking di belakang kereta saya dengan kedudukan yang agak terkeluar. Malas nak fikir panjang, saya pun menekan minyak untuk terus keluar melalui bahagian hadapan kerana tiada kereta di parking hadapan. Tak perasan pula rupa-rupanya ada divider di hadapan, maka tersangkutlah my 206 dengan kedudukan divider di bawah kereta. Alamak.... kalau nak diikutkan bunyi, rasa macam dah remuk bahagian bawah kereta. Cuba-cuba juga nak undur balik, tak boleh sebab tersangkut. Kebetulan seorang rakan sekursus nak keluar dan bertanya kalau-kalau saya nak tumpang keretanya untuk pergi meminta bantuan. Saya pun minta dihantar ke IRDC untuk berjumpa Zaidi. Cuba sekali lagi dengan Zaidi untuk keluarkan kereta yang tersangkut, masih gagal walaupun dah disusun batu bata. Malah, ternampak pula air menitis, takut pulak kalau-kalau minyak hitam dah bocor. Saya terus mengajak Zaidi untuk ke kedai servis di seksyen 7 untuk meminta bantuan mekanik. Alhamdulillah, terjumpa bengkel bekas staf UiTM. Beliau menghantar 2 orang pekerja untuk memeriksa kereta dan membantu mengeluarkan kereta yang tersekat. Dalam hujan renyai-renyai, hanya 2 kali mencuba, mereka berjaya mengeluarkan my 206. Caj nya begitu murah, hanya RM20. Moral of the story, don't dream and drive!!

No comments: