Monday, June 30, 2008

Demam Euro 2008 di Germany




Kunjungan ke Germany dua minggu yang lalu menyaksikan Demam Euro 2008 yang melanda negara tersebut. Uniknya di sini, dua pasukan mempunyai penyokong yang ramai iaitu pasukan Germany dan Turki. Memandangkan bangsa Turki adalah golongan minoriti terbesar di sini, maka bendera turki berada di merata-rata. Kebanyakkan bangsa Turki di sini adalah warganegara Germany. Maka tidak hairanlah mengapa banyak kereta yang memasang bendera Turki dan Germany. Ketika Germany menang untuk mara ke separuh akhir, muda mudi berpesta hingga larut malam. Dari tingkap hotel, saya menyaksikan gelagat mereka yang bersorak di jalanraya. Ada wanita yang umpama hilang akal kerana kegembiraan, lantas melucutkan baju di khalayak ramai. Sugguh mengaibkan.

Frankfurt Zoo

Main Entrance

Lawatan Kanak-kanak Tadika

Remaja sekolah yang datang membuat homework di Zoo

Hari ketiga dipenuhi dengan aktiviti melawat Zoo Frankfurt. Nak ke sana, kena naik 2 subway. Tiketnya pula adalah tiket keluarga sebanyak Euro 24. Agak tidak berbaloi kerana Zoo Taiping lebih menarik berkali ganda. Boleh dikatakan agak semak, zoo ini nampaknya cuba mengekalkan alam semulajadi supaya nampak real macam dalam hutan agaknya.

Kebab, Pizza & Nasi Turki

Apa yang lebih menarik setelah penat berjalan-jalan adalah tarikan menu-menu yang terpampang di kedai Turki berhampiran dengan Hotel Quality Kaiserhof. Kebab, Piza dan Nasi berlaukkan shredded chicken memang sungguh menyelerakan. Empat hari berada di Frankfurt, hanya sekali - sekala lauk pauk Brahims dan Tuna dalam Tin berusik. Nampakya, jangkaan awal untuk pengurangan berat beg tidak berlaku. Apatah lagi, dalam kedinginan 10 darjah celcius, menikmati nasi panas dan secawan coffee sungguh menyelerakan.


Makanan Turki lebih menyelerakan berbanding makanan Lebanon yang kami nikmati ketika di Geneva dahulu. harganya juga agak berpatutan. Tiga pinggan nasi beserta tiga cawan kopi hanyalah Euro 21.

Di Frankfurt, tidak susah untuk mencari makanan halal. Banyak kedai-kedai halal yang dimiliki oleh warga Turki. Yang penting, anda hanya perlu melihat logo halal, check sama ada kedai tersebut menjual minuman keras atau tidak dan lebih baik jika dapat berkomunikasi dengan pemilik kedai sendiri untuk bertanya. Zaidi cuba berkomunikasi dengan pemilik kedai dalam bahasa Arab walaupun kadang kala terasa ibarat ayam bercakap dengan kucing. Warga Turki ada juga yang mahir berbahasa Arab walaupun mereka adalah warganegara German.

Romer - Frankfurt Am Main


Selepas penat berjalan-jalan disekitar sungai "Rhein Main", kami berkunjung pula ke Romer, tempat tumpuan pelancong dan pusat jualan cenderahati. Berikut adalah petikan daripada Wikipedia berkaitan Romer:

"The Römer (German for "Roman") is medieval building in Frankfurt am Main, one of the city's most important landmarks. It has been the city hall or Rathaus for 600 years. The Haus Römer is actually the middle building of a set of three located in the Römerberg plaza. The Römer merchant family sold it together with a second building, the Goldener Schwan (Golden Swan), to the city council on March 11, 1405 and it was converted for use as the city hall. The Römer is not a museum and is actually used by the city for various purposes, for example as a Standesamt or civil registration office; for example, the wedding rooms are located in the first and second floor of the Haus Löwenstein."



Sunday, June 15, 2008

Frankfurt Am Main - Day 2







Day 2, woke up at 5 am, kat german sekarang malam pendek, siangnya panjang (5 pagi dah nak habis subuh, 9 malam baru nak masuk maghrib). Pukul 8 pagi pergi jalan-jalan sekitar rhein Main (river), seberang jambatan, dan sekitar kawasan pelancongan. Sempat shopping beberapa souvenirs (last week dean balik Australia, he gave me a koala key chain.. tengah fikir nak beli apa for him???). Zaidi dah pun beli for his big boss.

Frankfurt Am Main - Day 1

Hauptbanhof, Frankfurt am Main

With Jen at Frankfurt Am Main

German dalam situasi demam bolasepak Euro 2008


Arrived at Frankfurt International airport at 7.30 am. Flight delayed 2 hours due to air-conditioning problem. 2 hours berada dalam flight sebelum departure at about 2 am (sepatutnya 11.50 pm). Kecut perut juga bila tengok rescue team bertungkus lumus datang repair bahagian enjin kat sayap sebelah kiri. Pada mulanya flight tu dah undur nak take-off tapi lepas tu patah balik masuk kat tempat parking. Dah lah baru baca newspaper tentang kemalangan Sudan air. Bila sampai kat Frankfurt, barulah lega rasanya. Dari airport, kami naik train ke Hauptbanhof, Frankfurt am main (Euro 13.70 untuk family ticket). Sampai kat Quality Hotel Kaiserhof dalam pukul 10 pagi. Lepas check-in, terus tidur untuk cover jet lag.


Friday, June 13, 2008

Cuti-cuti & Conference Germany

Penerbangan ke Frankfurt akan berlepas dari KLIA malam ini pukul 11.50. Kami akan bercuti dahulu di Frankfurt s dan akan berlepas dari Frankfurt ke Nuremberg pada 17 Jun. Penerbangan dari Frankfurt ke Nuremberg hanyalah 50 minit. Pada mulanya saya bercadang untuk menaiki train sahaja namun memandangkan harga tiket kapal terbang lebih murah, ianya lebih mudah dan cepat. Dari Nuremberg, kami akan ke Rothenburg menaiki teksi (90km). Saya memilih hotel Zum Rappen, iaitu tempat conference tersebut diadakan. Mudah dan strategik. Conference bermula pada 18 Jun hingga 20 Jun. Giliran saya membentangkan penyelidikan adalah pada hari pertama untuk kedua-dua penyelidikan (Multiple Intelligence in Education & E-commerce in Tourism Industry). Zaidi juga akan membentangkan penyelidikannya pada hari yang sama. Berdasarkan senarai pembentangan yang saya dapat, ramai juga orang Malaysia yang akan ke sana. Sesuatu yang menarik berkaitan dengan conference ini, pihak penganjur akan memilih kertas kerja yang berkualiti untuk diterbitkan dalam beberapa jurnal mereka.


Penerbangan pulang adalah dari Nuremberg ke Frankfurt pada 21 Jun. Namun, kerana tidak sempat mengejar penerbangan MAS dari Frankfurt ke KLIA pada 21 Jun, pihak universiti bermurah hati menaja satu malam penginapan di Frankfurt, dan akan bertolak balik ke KLIA pada 22 Jun. Terima kasih kepada BLPS, UiTM di atas segala kemudahan yang diberikan.

Thursday, June 12, 2008

Kasihan Mereka...

Keputusan peperiksaan sudah pun keluar. Minggu ini menjadi minggu yang begitu sibuk. Sibuk melayan para pelajar. Ada yang menangis sehingga bengkak mata gara-gara keputusan peperiksaan. Tidak boleh grad, scholarship nak kena tarik, dan pelbagai sebab musabab yang membuatkan mereka menangis. Maka jadilah saya sebagai seorang pendengar yang setia... ala-ala kaunselor rasanya. Memang tak silap Fakulti menghantar saya menghadiri kursus asas kaunseling pada minggu lepas. Maka dipraktikkan beberapa teknik dalam menghadapi karenah para pelajar.
Sesuatu yang saya sedari, menjadi seorang pensyarah sudah pasti kita sentiasa mempunyai keputusan peperiksaan yang baik ketika di zaman pelajar suatu ketika dahulu. Paling tidak, CGPA mesti 3.00 or above. Mungkin kita tidak pernah menghadapi masalah (menangis sehingga bengkak mata), kerana kita sentiasa cemerlang. Maka apabila kita berhadapan dengan situasi para pelajar yang sangkut paper di sana sini, para pelajar yang hilang keyakinan diri untuk terus belajar dll, maka agak sukar untuk membantu kerana kita tiada pengalaman sebegitu. Namun, Allah sentiasa memberi ilham kepada pendidik. Entah bagaimana, kadangkala saya hampir tidak percaya dengan apa yang mampu saya tuturkan sehingga membolehkan pelajar yang gagal kembali berkobar-kobar untuk berusaha dengan lebih gigih. Semoga usaha kita yang sedikit dapat membantu anak bangsa untuk berjuang mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

Saturday, June 7, 2008

Serupa tapi tak sama...

Rothenburg ob der Tauber, Germany
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Malaysia

Hidangan kegemaran Zaidi (resepi penambah berat badan)

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi suatu ketika dahulu menjadi tempat kami mencari ilham membuat thesis PhD. Beberapa kali ke sana, Zaidi paling suka cheese cake dan fresh orange yang disajikan di situ. Namun, sejak bukit tinggi mengalami gegaran beberapa kali, Colmar Tropicale telah di "delete" dari senarai. Dah rasa macam tak selamat pula. Pencarian di alam maya telah menemukan saya dengan tempat yang hampir sama dengan bukit tinggi. Rothenburg ob der Tauber, Bavaria, Germany mempunyai senibina bangunan yang iras-iras dengan Colmar Tropicale. Ia juga dikenali sebagai ancient city, romantic city atau romantic road. Kebetulan pula conference yang akan saya hadiri di adakan di rothenburg. Mungkin banyak gambar yang perlu diambil di sini.

Thursday, June 5, 2008

"Room of Silence"

Memandangkan tiket perjalanan saya ke Germany adalah KLIA-Frankfurt-Nuremberg, hari ini saya melayari internet untuk membuat travel planning. Sesuatu yang agak menarik di Airport Nuremberg adalah kita tidak perlu risau akan tempat untuk bersolat. Di sini terdapat "Room of Silence", iaitu tempat solat berstatus antarabangsa (untuk semua agama). Ketika di geneva 2 tahun dahulu, penerbangan awal pagi menyebabkan kami terpaksa mencari tempat sesuai untuk bersolat di lapangan terbang Geneva. Ada yang bersolat di celah tangga, tepi tangga, bawah tangga, manakala saya mendapat tempat yang agak strategik iaitu di hadapan kaunter Gulf Air yang masih belum di buka.
Ketika ke Korea, memandangkan penerbangan dari KLIA adalah selepas isya', ketika dalam pesawat, pramugari MAS akan memaklumkan kami apabila telah masuk waktu subuh. Maka kami pun bersolat dalam kapal terbang. Sedikit pengalaman pahit adalah ketika kami transit 11 jam di Los Angeles sementara menunggu flight ke Pittsburgh. Ketika waktu zohor, kami memohon kebenaran daripada pegawai di kaunter supaya membenarkan kami solat. Maka ditunjukkan kepada kami satu ruang yang agak tersorok, iaitu tempat simpanan kerusi roda. Pada waktu itu, kami tidak membawa sejadah kerana diberitahu, sejadah adalah lambang terrorist di US. Maka, solat hanya berlapikkan kertas-kertas A4 yang dicantum-cantum. Saya adalah orang yang kedua terakhir bersolat di terminal US Airways. Tiba-tiba, datang seorang pak guard berkulit hitam dan memarahi saya kerana bersolat di situ. Saya hanya memohon maaf kepadanya kerana walaupun telah memohon kebenaran pegawai kaunter, terpandangkan pistol yang agak besar terselit di pinggangnya, membuatkan kita takut untuk bersuara.
Pada waktu malam pula, ketika masuk maghrib, sekali lagi kami memohon untuk bersolat. Kali ini kami memberitahu pegawai kaunter bahawa kami dimarahi sebelum ini dan dia terus menyuruh kami bersolat dibelakang kaunternya. Namun agak mengecewakan apabila penumpang-penumpang lain yang turut menanti pesawat di dewan pelepasan melihat kami bersolat, mereka akan mula berubah tempat duduk agar jauh daripada kami. Macamlah kita ni terrorist..... hanya kerana bersolat. Itulah dugaan umat islam.

Wednesday, June 4, 2008

Stuttgart or Nuremberg???

Pada asalnya, tempahan tiket flight ke germany adalah KLIA-Frankfurt-Stuttgart. Namun malam tadi berita TV melaporkan Stuttgart banjir teruk. Terus teringat pada Datuk Sahol yang menjadi pensyarah sambilan di Stuttgart U. Patutlah beliau terpilih, beliau adalah pakar banjir Malaysia. Kini saya sedang berkira-kira nak mengubah tiket. KLIA-Nurembeng, Nuremburg -KLIA. Kasihan Amirul (si travel agent), berkali-kali beliau menukar tempahan tiket saya, dan beliau masih ceria. Mungkin esok akan berubah.... KLIA -NUremberg - KLIA, Insya-allah.

Tuesday, June 3, 2008

Akibat terlalu letih...

Kesibukan setelah tamat menguruskan markah exam dan pemilihan pelajar, disambung pula dengan kursus asas kaunseling selama 2 hari iaitu Isnin dan Selasa. Ketika hari pertama kursus, saya keluar waktu tengah hari dengan hajat di hati, nak menghantar lunch untuk adik bongsu. Kereta, saya parking di bahagian belakang business school. Ketika nak keluar parking, ada sebuah kereta "Merc" yang agak panjang, parking di belakang kereta saya dengan kedudukan yang agak terkeluar. Malas nak fikir panjang, saya pun menekan minyak untuk terus keluar melalui bahagian hadapan kerana tiada kereta di parking hadapan. Tak perasan pula rupa-rupanya ada divider di hadapan, maka tersangkutlah my 206 dengan kedudukan divider di bawah kereta. Alamak.... kalau nak diikutkan bunyi, rasa macam dah remuk bahagian bawah kereta. Cuba-cuba juga nak undur balik, tak boleh sebab tersangkut. Kebetulan seorang rakan sekursus nak keluar dan bertanya kalau-kalau saya nak tumpang keretanya untuk pergi meminta bantuan. Saya pun minta dihantar ke IRDC untuk berjumpa Zaidi. Cuba sekali lagi dengan Zaidi untuk keluarkan kereta yang tersangkut, masih gagal walaupun dah disusun batu bata. Malah, ternampak pula air menitis, takut pulak kalau-kalau minyak hitam dah bocor. Saya terus mengajak Zaidi untuk ke kedai servis di seksyen 7 untuk meminta bantuan mekanik. Alhamdulillah, terjumpa bengkel bekas staf UiTM. Beliau menghantar 2 orang pekerja untuk memeriksa kereta dan membantu mengeluarkan kereta yang tersekat. Dalam hujan renyai-renyai, hanya 2 kali mencuba, mereka berjaya mengeluarkan my 206. Caj nya begitu murah, hanya RM20. Moral of the story, don't dream and drive!!

Sunday, June 1, 2008

New Publication in Flagship Journal

Semalam kami gembira kerana satu research saya berkenaan dengan Security Controls in Computer-based Accounting System telah diterima untuk penerbitan. Hari ini, satu lagi berita gembira kerana another article telah diterbitkan dalam Aslib Proceedings, Emerald. Tak sabar rasanya nak terima parcel dari Emerald, yang lazimnya mengandungi satu jurnal dan 5 individual articles.