Saturday, May 17, 2008

Pingat ke 21, 22 & 23

Silver Medal for CAMS: Computerized Asset Management System

Silver Medal for Extended TECHPROVE IT Diagnostic Tool

Bronze Medal for Mr. Manager

ITEX 2008 sudah seminggu berlalu. Tiga hari yang penuh dengan kesibukan. Tiga produk yang menyertai pertandingan dan tiga full paper yang perlu disubmit untuk conference di Rothenburg. Semuanya datang serentak. Namun kesibukan kadangkala menjadikan kerja kita lebih efisyen.

Jika suatu ketika dahulu, persiapan untuk pertandingan inovasi mengambil masa berminggu-minggu, kini pengalaman banyak mengajar apa yang penting dan apa yang tidak. Bukan booth cantik yang menjadi ukuran namun kualiti produk (nilai komersil produk, dan novelty) adalah yang paling utama. Di ITEX 2008, sesi penghakiman agak mencabar. Ketiga-tiga produk dinilai oleh International Judges (3 orang pakar ICT dari Jepun, seorang profesor dari hong kong, dan seorang pakar industri dari Taiwan). Alhamdulillah, ketiga-tiga produk berjaya mendapat pingat. CAMS: Computerized Asset Management System (Silver), Extended TECHPROVED IT Diagnostic Tool (Silver) dan Mr. Manager (Bronze). Yang paling mencabar adalah produk Mr. Manager yang bertanding di bawah kategori Office Products. Daripada senarai peserta yang agak panjang, hanya lima pemenang yang terpilih mendapat pingat gangsa untuk kategori ini. Tiada pingat emas dan perak untuk kategori office products.

Melalui ITEX 2008 juga saya mendapat customer yang berminat untuk membeli produk CAMS dan Mr. Manager. Insya-Allah proses rundingan untuk penjualan produk akan dibuat tidak lama lagi.

3 comments:

Syah said...

Syabas...syabas....


Murah rezeki Dr.

Balkish said...

bila nak pergi German?

Intan said...

Balkish,
Insya-Allah berlepas ke german 13 June. Singgah bercuti dulu kat Frankfurt until 17 June, then baru ke Conference kat Rothenburg 18-21 June. Insya-Allah, 22 June balik Malaysia.

Good news, insya-Allah November nanti mungkin akan ke Belgium untuk competition. Bertanding 2 produk kali ni.