Friday, May 30, 2008

Forthcoming Conferences in Germany, 13 - 22 June 2008


Busy like a little bee. Dua minggu bekerja tanpa cuti hujung minggu. Planner penuh dengan meeting. Malah, tugasan untuk memeriahkan konvokesyen turut dilaksanakan. Saya dan Zaidi memilih sesi yang sama untuk bertugas dalam perarakan besar ke dalam dewan. Satu tugas untuk diri sendiri dan satu lagi mewakili dekan fakulti. Zaidi pula, bertugas mewakili PNC. Susah juga bila terpaksa duduk di atas stage. Sinaran spotlight memedihkan mata. Lagi kasihan, Dato' VC yang nampak sungguh letih menyerahkan skrol. Namun, ucapan beliau tetap membakar semangat. Dalam tempoh dua minggu ini, waktu tidur hanya 2-3 jam sehari. Sungguh memenatkan. Kata Zaidi, kekerapan saya mengupdate blog menjadi ukuran kesibukan. Jika blog tak berupdate, maka sibuklah saya. Minggu hadapan, terpaksa pula menghadiri kursus. Namun, kesibukan juga banyak faedahnya. Dua full paper untuk conferences telah disiapkan. Zaidi juga sibuk menyiapkan papernya sendiri untuk conference yang sama. Malah, 2 lagi paper akan dihantar ke Flagship jurnal. Dalam kesibukan juga, banyak idea yang muncul secara tiba-tiba. Mungkin boleh dijadikan produk baru untuk IID tahun hadapan.


Room at Quality Hotel Kaiserhof, Frankfurt

Room at Zum Rappen Hotel, Rothenberg

Tiket ke Germany telahpun diproses. Kali ini saya membawa adik bongsu untuk turut serta. Bercuti dahulu di sekitar Frankfurt sebelum bertolak ke Stuttgart & Rothenburg untuk pembentangan penyelidikan. Tambang? Agak mahal.... RM4900 menaiki pesawat MAS. Lebih mengejutkan, pihak hotel memaklumkan tambang teksi dari Stuttgart airport ke Rothenburg Euro 220. Pergi balik Euro 440. Tukaran matawang yang agak tinggi (1Euro = RM5.2). Bermakna Tambang teksi hampir sama dengan tiket kapal terbang. Malah, hampir sama dengan bayaran hotel di rothenburg selama 4 hari (Euro 119 per night). Di rothenburg, kami akan menginap di Zum Rappen Hotel. Manakala di Frankfurt, saya telah membuat online booking untuk penginapan 4 hari 3 malam di Quality hotel Kaiserhof. Harganya agak murah, hanya Euro 88 untuk bilik triple. Ramai juga kawan-kawan yang dah mula memesan barang. Insya-Allah, akan saya cuba mencarinya.

No comments: