Friday, May 30, 2008

Forthcoming Conferences in Germany, 13 - 22 June 2008


Busy like a little bee. Dua minggu bekerja tanpa cuti hujung minggu. Planner penuh dengan meeting. Malah, tugasan untuk memeriahkan konvokesyen turut dilaksanakan. Saya dan Zaidi memilih sesi yang sama untuk bertugas dalam perarakan besar ke dalam dewan. Satu tugas untuk diri sendiri dan satu lagi mewakili dekan fakulti. Zaidi pula, bertugas mewakili PNC. Susah juga bila terpaksa duduk di atas stage. Sinaran spotlight memedihkan mata. Lagi kasihan, Dato' VC yang nampak sungguh letih menyerahkan skrol. Namun, ucapan beliau tetap membakar semangat. Dalam tempoh dua minggu ini, waktu tidur hanya 2-3 jam sehari. Sungguh memenatkan. Kata Zaidi, kekerapan saya mengupdate blog menjadi ukuran kesibukan. Jika blog tak berupdate, maka sibuklah saya. Minggu hadapan, terpaksa pula menghadiri kursus. Namun, kesibukan juga banyak faedahnya. Dua full paper untuk conferences telah disiapkan. Zaidi juga sibuk menyiapkan papernya sendiri untuk conference yang sama. Malah, 2 lagi paper akan dihantar ke Flagship jurnal. Dalam kesibukan juga, banyak idea yang muncul secara tiba-tiba. Mungkin boleh dijadikan produk baru untuk IID tahun hadapan.


Room at Quality Hotel Kaiserhof, Frankfurt

Room at Zum Rappen Hotel, Rothenberg

Tiket ke Germany telahpun diproses. Kali ini saya membawa adik bongsu untuk turut serta. Bercuti dahulu di sekitar Frankfurt sebelum bertolak ke Stuttgart & Rothenburg untuk pembentangan penyelidikan. Tambang? Agak mahal.... RM4900 menaiki pesawat MAS. Lebih mengejutkan, pihak hotel memaklumkan tambang teksi dari Stuttgart airport ke Rothenburg Euro 220. Pergi balik Euro 440. Tukaran matawang yang agak tinggi (1Euro = RM5.2). Bermakna Tambang teksi hampir sama dengan tiket kapal terbang. Malah, hampir sama dengan bayaran hotel di rothenburg selama 4 hari (Euro 119 per night). Di rothenburg, kami akan menginap di Zum Rappen Hotel. Manakala di Frankfurt, saya telah membuat online booking untuk penginapan 4 hari 3 malam di Quality hotel Kaiserhof. Harganya agak murah, hanya Euro 88 untuk bilik triple. Ramai juga kawan-kawan yang dah mula memesan barang. Insya-Allah, akan saya cuba mencarinya.

Saturday, May 17, 2008

Pingat ke 21, 22 & 23

Silver Medal for CAMS: Computerized Asset Management System

Silver Medal for Extended TECHPROVE IT Diagnostic Tool

Bronze Medal for Mr. Manager

ITEX 2008 sudah seminggu berlalu. Tiga hari yang penuh dengan kesibukan. Tiga produk yang menyertai pertandingan dan tiga full paper yang perlu disubmit untuk conference di Rothenburg. Semuanya datang serentak. Namun kesibukan kadangkala menjadikan kerja kita lebih efisyen.

Jika suatu ketika dahulu, persiapan untuk pertandingan inovasi mengambil masa berminggu-minggu, kini pengalaman banyak mengajar apa yang penting dan apa yang tidak. Bukan booth cantik yang menjadi ukuran namun kualiti produk (nilai komersil produk, dan novelty) adalah yang paling utama. Di ITEX 2008, sesi penghakiman agak mencabar. Ketiga-tiga produk dinilai oleh International Judges (3 orang pakar ICT dari Jepun, seorang profesor dari hong kong, dan seorang pakar industri dari Taiwan). Alhamdulillah, ketiga-tiga produk berjaya mendapat pingat. CAMS: Computerized Asset Management System (Silver), Extended TECHPROVED IT Diagnostic Tool (Silver) dan Mr. Manager (Bronze). Yang paling mencabar adalah produk Mr. Manager yang bertanding di bawah kategori Office Products. Daripada senarai peserta yang agak panjang, hanya lima pemenang yang terpilih mendapat pingat gangsa untuk kategori ini. Tiada pingat emas dan perak untuk kategori office products.

Melalui ITEX 2008 juga saya mendapat customer yang berminat untuk membeli produk CAMS dan Mr. Manager. Insya-Allah proses rundingan untuk penjualan produk akan dibuat tidak lama lagi.

Friday, May 16, 2008

Disney Pix 2.0




Di Pittsburgh tahun lepas, saya membeli kamera mini disney, dengan hajat di hati nak hadiahkan kepada anak saudara. Tak sangka pula kamera tersebut disertakan dengan Software Disney Pix 2.0. At last, terhasil lah beberapa keping gambar yang sungguh menarik minat kanak-kanak. Malah, software tersebut juga berupaya menjana kreativiti kanak-kanak dalam bidang creative multimedia.

Monday, May 12, 2008

ITEX 2008 & Malaysian Young Inventor Competition

Pasukan Sek. Men Teknik ini mendapat Main Award untuk kategori Young Inventors. Ciptaan mereka iaitu "EZ Barrow" akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. TAHNIAH adik-adik....\


3 orang saintis cilik ini mencipta payung ajaib dan memenangi KIPA Award (Korea). Mereka akan mewakil negara ke pertandingan rekacipta antarabangsa di Taiwan


Me & Prof, with the Geneva Award. Congrats UiTM!!

ITEX 2008 menyaksikan hampir 70% penyertaan muka-muka baru staf UiTM dalam bidang invention & innovation. Begitu meriah sekali, diserikan pula dengan saintis-saintis muda dengan pelbagai ciptaan menarik, mereka begitu fasih memberi penerangan tentang produk ciptaan mereka. Saya juga begitu kagum melihat saintis muda belasan tahun dari negara Iran yang begitu hebat mencipta alat-alat berteknologi tinggi. Mereka juga begitu bersemangat ketika majlis penyampaian hadiah.