Saturday, April 26, 2008

Tips Memilih Supervisor


My Sifu,
yang banyak mencurahkan ilmu research beliau hingga membawa penyelidikan Master saya ke Geneva, Switzerland 2006
(Gambar: ketika sama-sama menyertai pertandingan penyelidikan di Pittsburgh USA pada Jun 2007)


Sekali lagi, musim rakan-rakan mencari universiti untuk pengajian PhD. Ramai yang bertanya macam mana nak cari supervisor? Apa kriteria yang perlu dilihat? Bagi saya, yang paling penting, berdoalah kepada Allah untuk diberikan supervisor yang terbaik. Namun, doa mestilah beserta dengan usaha. Usaha yang bagaimana? Cubalah selidiki latar belakang bakal supervisor anda.
  • Dari Universiti manakah beliau belajar (Bachelor degree, Master dan PhD)? Jika beliau lulusan dari Universiti terkemuka dunia, sedikit sebanyak thesis anda juga akan mencapai tahap world class. Zaidi umpamanya, begitu bertuah kerana salah seorang supervisor beliau (younger than him 3 years) mendapat ilmu PhD dari Harvard University. Sedikit sebanyak, ilmu yang sungguh bernilai itu di turunkan juga kepada Zaidi. Saya pula pernah mendapat supervisor yang juga begitu cemerlang (older than me 4 years), yang mempunyai kelulusan BEc (UM), MSc (LSE), MBA (Imperial), MSc (Information System) ( Claremont), PhD (MIS) ( Claremont), Rhodes Scholar, Fulbright Fellow.
My ex-supervisor kini bekerja di Monash University

  • Faktor sampingan yang juga penting (jika anda mampu menyelidikinya), adalah daripada siapakah supervisor kita mendapat ilmunya (siapakah supervisor kepada supervisor kita). Masih saya ingat seorang pensyarah kelas PhD saya iaitu Prof. Emeritus Dr. George K. Chacko. Usianya hampir 80-an. Garangnya bukan kepalang. Pertanyaannya di dalam kelas harus dijawab secara spontan. 6 bulan menghadiri kelas beliau, sungguh memenatkan hingga tiada masa untuk membuat kerja-kerja research. Otaknya bagaikan calculator & komputer. Beliau hanya mengejek bila kami mengira menggunakan calculator. Bahkan menurut beliau, cicitnya yang berusia 6 tahun juga sudah mampu mengira jarak daripada bumi ke bulan dengan hanya mencongak. Masih saya ingat beberapa orang sahabat yang tak tahan dengan caranya hingga sanggup drop subjek "Problem Formation & Formulation". Pada pendapat saya, ilmu yang saya dapat daripada Prof. Chacko sungguh bermakna. Bayangkanlah, kami belajar bukan sahaja teori-teori sains sosial malah bagaimana mengaplikasikan teori sains dalam bidang sains sosial. Malah, saya turut membentang teori genetik dan teori relativity di dalam kelas. Hasilnya sungguh mengujakan. Kita melatih diri untuk berfikir dalam scope yang lebih global. Umpamanya, kini saya sedang mengaplikasikan "evolutionary game theory" yang lebih kepada teori matematik dan genetik, untuk melihat firms' survivability in e-commerce environment. Pada awalnya, saya tertanya-tanya, hebat sangatkah Prof. Chacko kerana beliau sering mengatakan University di UK hanya 2nd class, dan Australia & Asia 3rd Class (Malaysia pula, tak de kelas lah agaknya). Saya dan zaidi mula mengkaji latar belakang beliau. Rupa-rupanya beliau asalnya dari bidang engineering dan turut memiliki kelayakan dalam bidang IT and social sciences especially business. Rupa-rupanya, beliau dilantik oleh kerajaan Malaysia sebagai consultant untuk projek MSC. Malah yang lebih mengejutkan, supervisor beliau adalah orang yang bertanggungjawab membina roket Apollo untuk Neil Amstrong pergi ke bulan. Di samping itu, beliau adalah sahabat karib kepada Prof. Nash, pemenang anugerah nobel ketika mereka sama-sama di Princeton (seperti yang difilemkan dalam "Beautiful Mind"). Malah, penerbitan bukunya melebihi 40 buah. Terfikir sejenak, patutlah beliau begitu strict di dalam kelas. Masih saya ingat bagaimana kami semua bergilir-gilir ke bilik beliau untuk berlatih "presentation for P-Cubed paper" untuk di persembahkan dihadapan Datuk Prof. Dr. Ibrahim Al-Bajunid. Presentation yang kami buat pun agak pelik. Contohnya, "the application of concomitant coalition kaleidoscopic partnership approach (CONCOL)" untuk diaplikasikan di bahagian recommendation dalam thesis PhD. Dengan beliau juga saya belajar apakah significant contribution for new knowledge expected from PhD thesis, mengapa hypothesis mesti dalam bentuk null hypothesis (dengan menggunakan tamsilan matahari terbit-akan dibincangkan dalam entry seterusnya), dan pelbagai ilmu baru yang sungguh bernilai. Patutlah beliau mendapat title Prof. Emeritus.
Prof. Nash, sahabat karib Prof. Chacko
http://nobelprize.org/nobel_prizes/economics/laureates/1994/nash-autobio.html
  • Aspek lain yang harus dikaji, sejauh manakah pencapaian bakal supervisor anda dalam penulisan dan penerbitan akademik. Berapakah buku akademik dalam bidang kepakaran beliau yang telah diterbitkan? Berapa banyakkah penerbitan beliau dalam High Impact Factor, ISI Ranked Journal? Sejauh manakah pencapaian beliau dalam bidang penyelidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa (e.g: keynote speaker? anugerah penyelidikan?). Begitu juga penglibatan beliau dalam industri sebagai consultant dll.
Ada pula yang bertanya, adakah faktor masa yang diambil oleh supervisor kita untuk menamatkan PhD mereka boleh menjadi kayu pengukur? Pada pendapat saya, faktor masa ini masih banyak pertikaian. Kadangkala, ada penyelidik yang telah membuat preparation secukupnya setahun atau dua tahun lebih awal sebelum memulakan pengajian. Sedikit sebanyak, ianya turut membantu untuk mempercepatkan tempoh siapnya thesis terutamanya dari segi mengurangkan masa yang diambil untuk pencarian literature. Kadangkala, faktor universiti turut memainkan peranan. Ada universiti, lepas submission, dua tiga bulan dah boleh viva (kebanyakkan di UK adalah sebegini). Tidak seperti di sesetengah Universiti di Malaysia, ada yang terpaksa menunggu 8 bulan, setahun, malah dalam kes seperti Zaidi dan saya, terpaksa menunggu setahun lebih, dan selepas viva pula, thesis perlu pula direview oleh 3 orang full professor dalam bidang kepakaran daripada universiti terkemuka dunia (from USA, UK & at least Australia) untuk mencapai tahap kualiti tinggi. Proses penghantaran ke luar negara dan proses semakan itu sahaja memakan masa berbulan-bulan dan ini sudah pasti menyebabkan proses pengesahan tamat pengajian oleh senat university tertangguh.

Bagi mereka yang belajar di US pula, tempoh pengajian 5 tahun telah menjadi satu kelaziman. Ini kerana sistem di US agak berlainan dari UK. Menghadiri kelas sahaja mengambil masa hampir 2 tahun. Macam-macam yang di pelajari tak kira apa jua bidang pengajian. Teringat saya cerita seorang pensyarah pusat bahasa yang menyambung pengajian di US. Walaupun PhD beliau dalam bidang bahasa inggeris, beliau turut belajar subjek matematik dll., yang sekali pandang, macam tidak kena dengan thesis PhD beliau. Namun ilmu yang diperolehi memang sungguh bernilai. Konklusinya, faktor masa adalah agak subjektif untuk dijadikan kayu pengukur. Mengapa saya berkata begitu???

Ketika saya membuat thesis master (7 years ago), supervisor saya baru sahaja pulang dari UK dan belum menamatkan pengajian PhD beliau (rasanya pada masa itu dah melebihi 4 tahun). Ketika pertama kali berjumpa, saya menunjukkan proposal saya. Beberapa minit melihat, beliau memberi semula proposal tersebut dan berkata "rejected". Pelik juga, sebab supervisor yang pertama (** saya terpaksa menukar supervisor atas sebab-sebab teknikal) kata dah ok. Beliau kemudiannya mengeluarkan 5 buah buku research methodology dan juga nota-nota PhD (setebal satu rim paper A4) dan diletakkan di hadapan saya. Beliau menanda mukasurat tertentu dalam buku-buku yang diberikan kepada saya dan berkata "you balik baca semua ni, lepas tu datang jumpa saya and tell me apa yang tak kena dengan proposal you". Fuhh.... tension juga masa tu. Kawan-kawan serumah sibuk menonton hindi movie (masa tu tengah top cerita Mann & Kuch Kuch ....), saya pula terkial-kial membaca buku research method dan juga nota-nota PhD guidelines. Masa tu terfikir juga, kenapalah aku kena baca nota PhD sedangkan nak buat thesis Master jer?? Hampir 2 minggu kemudian saya berjumpa beliau, menerangkan di mana kesilapan proposal saya. Memang betul, banyak yang tak kena. Kemudiannya saya menunjukkan proposal baru (dengan bangga sebab rasanya dah banyak ilmu yang dapat ketika membaca buku-buku research). Namun sangkaan saya agak meleset kerana saya di asak pula dengan beberapa soalan cepu emas seperti "parametric atau non-parametric??", "data measurement scale??" dan lain-lain yang saya masih confused. Disebabkan tak boleh menjawab dengan cepat dan ditambah pula dengan cara menjawab yang masih teragak-agak, kena baca buku lagi..... Namun alhamdulillah, dengan cara sebegitu, saya dapat menghasilkan thesis master yang mana ketika viva, semua panel berpuas hati dan takde soalan-soalan, kecuali nak kena betulkan huruf dalam table of contents jer. Malah ada panel yang memuji, "a very good research methodology". Thesis master itu juga saya upgradekan sikit untuk geran IRDC, dan apabila dibentangkan di CSSR, masih saya ingat pengerusi sesi ketika itu (kini menjawat jawatan Penolong Naib Canselor) berkata " a very informative presentation & macam pembentangan viva PhD". Malah ketika habis sesi pembentangan, seorang panel berkata kepada saya "a very good presentation". Hasilnya, pembentangan di CSSR itu saya mendapat anugerah "penyelidikan yang ada potensi untuk dikomersilkan oleh pihak industri". Malah, kemenangan saya di CSSR membuatkan saya terpilih untuk mempertandingkan research tersebut di IPTA R&D Expo di PWTC KL dan mendapat anugerah pingat perak. Kemenangan di PWTC itulah yang membawa saya ke Geneva, Switzerland pada bulan April 2006. Bukan sahaja setakat itu, Chief in Editor High Impact Factor Journal telah berkenan dengan penyelidikan tersebut dan ianya akan diterbitkan dalam High Impact Factor Journal tidak lama lagi. Apa yang boleh saya katakan, disebalik ketentuan yang telah Allah tetapkan, kejayaan yang saya perolehi adalah hasil daripada ilmu yang dicurahkan oleh supervisor master saya. Sebab itulah ketika saya membuat thesis PhD, setiap presentation yang dibuat, pastinya akan mendapat pujian dan kerana itu juga saya mendapat markah 18/15 ketika membentangkan proposal dalam kelas PhD. Dan kini, saya dan ex-supervisor master saya sama-sama berjaya hingga ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan penyelidikan. Malah apa yang boleh saya katakan, kejayaan PhD saya majoritinya adalah hasil kemantapan ilmu yang saya perolehi ketika membuat research master. Konklusinya, tempoh pengajian agak abstrak untuk menjadi kayu pengukur dalam memilih calon supervisor.


My Sifu, explaining his research to the judges at INPEX Invention Show USA (he won Merit Award)

Me, explaining my research products to the judges at INPEX Invention Show USA 2007 (I won 2 silver medals)

5 comments:

Syah said...

Baguslah Intan... seawal dari pengajian peringkat Master telah diasak sebegitu rupa...

Berbaloi sungguh.

iSunik said...

Sungguh mengagumkan membaca cerita saudari. Terasa sangat jauh untuk dicapai apa yang saudari telah capai.

Saya ada keinginan untuk menyambung pelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi. Cuma masa yang terluang belum lagi dijumpa.

Namun coretan saudari ini mungkin saya jadikan panduan memilih pengajian yang sesuai untuk diteruskan.

intan said...

isunik,

Semoga anda berjaya menyambung pelajaran pada suatu hari nanti. Cuma nasihat saya, jangan ditunggu masa terluang, kerana ianya sukar untuk kita temui. Redah je masa yang ada sekarang ni, pasti masih ada ruang di sana sini. Good Luck.

FARIHA said...

Assalamualaikum Dr,

Saya teruja sangat bila membaca blog Dr.semangat saya untuk menyambung pelajaran begitu membuak-buak....
saya dalam proses untuk menyambung pelajaran di peringkat master InsyaAllah,tapi saya rasa saya menghadapi satu konflik dalaman...sama ada ingin terus bekerja ataupun menyambung pelajaran...
minat untuk menyambung pelajaran saya amat tinggi...tapi saya takut hendak menghadapi cabaran nyer di masa depan apabila berdepan dgn masalah....saya rasa takut kalau saya x dpt buat nanti...saya fikir dikala muda nie lah saya menyambung pelajaran. umur saya baru 24thn...baru sahaja habis degree and dah setahun kerja...tapi sekarang sy rasa minat saya hendak belajar lebih tinggi mungkin kerana tekanan di tempat kerja....
saya ada bertanya kedapa lecture saya dia kata duit boleh cr tapi belajarlah di masa muda nie....
saya ingin meminta khidmat nasihat Dr. semoga ia menjadi perangsan kepada saya untuk sambung belajar nnt....sy tahu Dr. pernah melalui nyer semua....

intan salwani said...

Fariha,

Jika ditanya pendapat saya, yang penting sekali, apakah matlamat hidup anda? Jika anda ingin menjadi seorang pensyarah, maka nasihat saya, sambunglah belajar terus menerus hingga ke tahap PhD, then kerja. Namun jika anda mempunyai kerjaya selain daripada pendidik, maka anda harus membuat pertimbangan yang manakah lebih penting. Malah, jika anda ingin menyambung pelajaran, apakah bidang yang sesuai, yang dapat memberi nilai tambah kepada kerjaya anda. Contohnya, jika anda mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan, Master in Business Administration (MBA) would add values untuk kenaikan pangkat terutamanya at higher level management. Whatever, tahniah kerana anda seorang yang bersemangat untuk belajar. Saya doakan semoga anda berjaya dalam kehidupan.