Wednesday, April 23, 2008

Seronoknya bercuti...????

Last week adalah minggu yang paling busy sepanjang semester ini. Menghabiskan marking dan menyiapkan markah kerja kursus pelajar sungguh meletihkan. Lagi menyiksakan apabila menyemak Lab test bagi subjek Accounting Information System. Fail terpaksa dibuka satu per satu. Penat mata mengadap skrin komputer untuk menyemak jawapan pelajar. Sebagai ganjaran untuk diri sendiri, saya mengambil cuti 2 hari iaitu pada hari Isnin dan Selasa yang lepas untuk berehat. Cadangnya nak mengemas rumah yang dah agak berserabut dan juga menyiapkan pemasangan wallpaper dan mengecat rumah yang sudah agak lama tergendala (bak kata Zaidi... projek terbengkalai). Saya gemar melakukannya sendiri supaya puas hati.

Namun 4 hari bercuti (termasuk cuti hujung minggu) nampaknya belum mencukupi. Projek masih terbengkalai nampaknya. Ramai yang tidak sihat. Zaidi masih pening-pening lalat akibat dizziness manakala adik bongsu pula keracunan makanan. Maka cuti kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjaga orang sakit. Mungkin minggu depan nak kena apply cuti lagi sekali.

Hari ini, kembali semula ke office, saya menerima sebuah bungkusan. Thesis pelajar sarjana untuk disemak. Perlu disiapkan sebelum pelajar tersebut menghadiri sesi viva pada 5 Mei nanti. Nasib baik tebalnya hanya satu per lima ketebalan thesis PhD. Jika tidak, tak boleh lah nak bercuti lagi...

No comments: