Saturday, April 5, 2008

Penjelasan kepada isu penerbitan dalam "High Impact Factor Journals (Thompson Listed)"

Antara penerbitan yang telah diterbitkan dalam high impact fator journals (IMDS rank no.1 dan JCIS rank no. 18; bagi kategori IS journals), hasil daripada penyelidikan PhD


Publishing in High Impact Factor Journals (Thompson Listed) adalah sesuatu yang begitu sukar bagi orang Asia. Malah ianya bertambah sukar apabila kita adalah warga universiti yang tidak tersenarai dalam ranking Universiti Dunia. 2 minggu yang lalu, saya menghadiri satu sesi ceramah berkaitan "publishing in high impact factor journal". Menurut penceramah, pada keadaan sekarang, halangan utama untuk mendapat taraf "Research University" adalah penerbitan dalam jurnal berwasit lebih-lebih lagi high impact factor journals.


Ramai yang masih keliru akan status high impact factor journals. Ada yang beranggapan, jika hasil penyelidikan telah diterbitkan di Emerald, Proquest dan EBSCOHOST; maka sudah mencukupi. Namun ramai yang masih tidak tahu, penerbitan dalam Proquest dan Ebscohost memanglah berwasit tetapi ianya bukan high impact factor journals (or known as Flagship journals atau jurnal elit). Malah, tidak semua jurnal yang tersenarai dalam Emerald adalah high impact factor journals.


High impact factor journals adalah jurnal elit berstatus tinggi yang dikawal badan dunia. Hanya jurnal yang tersenarai di http://scientific.thomson.com/ dikategorikan sebagai high impact factor journals. Penerimaan artikel untuk jurnal-jurnal ini kadangkala hanya pada tahap 1% (cth: daripada 1000 artikel yang diterima, hanya 10 di pilih). Kebanyakkan penulis dalam jurnal-jurnal ini terdiri daripada pensyarah world class university seperti Harvard, Oxford, Cambridge etc. Jurnal-jurnal ini amat mengutamakan "significant contribution to new knowledge" dan penggunaan kaedah statistik terkini seperti structural equation modelling. Sebab itulah, jika seseorang pensyarah berjaya menerbitkan artikel dalam high impact factor journal, markah yang diberi untuk tujuan kenaikan pangkat adalah 100 markah (untuk permohonan Prof. Madya) berbanding 50 markah jika diterbitkan dalam International Refereed Journal yang lain (with no impact factor). Tambahan pula, bagi pensyarah yang masih berada pada gred DM45, jika anda mempunyai 3 penerbitan dalam international refereed journals (lebih-lebih lagi jika ianya high impact factor), anda boleh terus memohon kenaikat pangkat terus ke DM54 Prof. Madya, tanpa perlu memohon DM52.


Penulisan dalam high impact factor journal perlu mengikut beberapa garis panduan. Boleh dikatakan hampir 50%-90% daripada penulisan asal akan diubah. Contohnya, kaedah statistik haruslah terkini. Kandungan literature juga haruslah tidak lapuk (maksimum 2 tahun ke belakang - kalau terbit 2008, literature mesti 2007 or 2006). Malah terdapat syarat di mana rujukan literature mesti at least 6 rujukan daripada high impact factor jurnal (ada jurnal yang meletakkan syarat harus ada minimum beberapa rujukan daripada jurnal tertentu). Boleh dikatakan penulisan asal hanya nampak bayang-bayangnya sahaja (kadangkala hanya data asal sahaja yang digunakan, manakala penulisan totally berubah).
Bagi diri saya dan zaidi, kami telah berjaya menerbitkan 4 artikel kami sendiri dalam high impact factor jurnal (hasil daripada penyelidikan PhD). Malah, 5 artikel lagi (daripada thesis master saya dan zaidi dan juga hasil penyelidikan geran IRDC) dalam proses penerbitan. Langkah kami mengajak kawan-kawan untuk turut serta adalah dengan niat untuk menolong (kerana ramai yang bertanya) dan memberi sumbangan dalam membawa universiti mendapat taraf RU.
Justeru itu, mohon maaf jika ada yang beranggapan negatif dalam isu tersebut.

3 comments:

Nazhatulshima Nolan said...

Tahniah di atas segala kejayaan yang amat membanggakan. Sunnguh memberi inspirasi kepada saya.

Bagaimana untuk mengenalpasti 'high impact journal'?

SALAM AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN!

Wynona said...

Well said.

Anonymous said...

Syabas Prof,

Jutaan terima kasih di atas penerangan high-impact journal tersebut.
Saya bukanlah pensyarah mahupun flying-color student, tetapi saya amat tertarik dengan pengertian high-impact journal oleh Prof yang telah menerangkannya secara jelas dan telus. Terima kasih Prof.

Oleh yang demikian, sememangnya sukar (hampir kepada signifikan 'tidak akan') untuk mendapat status high impact journal sekiranya penulisan journal tersebut adalah dalam Bahasa Malaysia.

Sekiranya sedemikian, memang kedengaran bias di situ, tetapi itulah prinsip yang terpaksa kita akur di arus pembangunan dunia akademik antarabangsa.