Sunday, April 27, 2008

Perjumpaan Keluarga & Lawatan ke Masjid Al-Nawawi

Inilah Masjid sempena nama Tok Wan

Beramai-ramai masuk ke kawasan masjid
Sanak saudara bergambar kenangan

Datuk saya (Tok Wan @ Tok Wi Janggut Merah @ Sheikh Nawawi) adalah seorang tokoh ulama' negeri Perak. Bagi menghargai jasanya, sebuah masjid di negeri perak telah dinamakan sebagai Masjid Al-Nawawi sempena nama tok wan iaitu Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Setiap tahun, akan diadakan majlis perjumpaan keluarga "Bin Nawawi" iaitu pada hari raya ketiga. Hari raya tahun lepas, perjumpaan keluarga diadakan beserta dengan lawatan keluarga ke Masjid Al-Nawawi. Ramai sungguh yang berkumpul bagaikan kenduri kahwin (saya tak hadir pun kali ni... tak cukup cuti sebab baru balik belajar). Semoga majlis seperti ini akan mengeratkan silaturrahim antara keluarga.


Antara yang hadir ke majlis perjumpaan keluarga

Emm.. tengah prepare untuk persembahan Nasyid??

Saturday, April 26, 2008

Tips Memilih Supervisor


My Sifu,
yang banyak mencurahkan ilmu research beliau hingga membawa penyelidikan Master saya ke Geneva, Switzerland 2006
(Gambar: ketika sama-sama menyertai pertandingan penyelidikan di Pittsburgh USA pada Jun 2007)


Sekali lagi, musim rakan-rakan mencari universiti untuk pengajian PhD. Ramai yang bertanya macam mana nak cari supervisor? Apa kriteria yang perlu dilihat? Bagi saya, yang paling penting, berdoalah kepada Allah untuk diberikan supervisor yang terbaik. Namun, doa mestilah beserta dengan usaha. Usaha yang bagaimana? Cubalah selidiki latar belakang bakal supervisor anda.
  • Dari Universiti manakah beliau belajar (Bachelor degree, Master dan PhD)? Jika beliau lulusan dari Universiti terkemuka dunia, sedikit sebanyak thesis anda juga akan mencapai tahap world class. Zaidi umpamanya, begitu bertuah kerana salah seorang supervisor beliau (younger than him 3 years) mendapat ilmu PhD dari Harvard University. Sedikit sebanyak, ilmu yang sungguh bernilai itu di turunkan juga kepada Zaidi. Saya pula pernah mendapat supervisor yang juga begitu cemerlang (older than me 4 years), yang mempunyai kelulusan BEc (UM), MSc (LSE), MBA (Imperial), MSc (Information System) ( Claremont), PhD (MIS) ( Claremont), Rhodes Scholar, Fulbright Fellow.
My ex-supervisor kini bekerja di Monash University

  • Faktor sampingan yang juga penting (jika anda mampu menyelidikinya), adalah daripada siapakah supervisor kita mendapat ilmunya (siapakah supervisor kepada supervisor kita). Masih saya ingat seorang pensyarah kelas PhD saya iaitu Prof. Emeritus Dr. George K. Chacko. Usianya hampir 80-an. Garangnya bukan kepalang. Pertanyaannya di dalam kelas harus dijawab secara spontan. 6 bulan menghadiri kelas beliau, sungguh memenatkan hingga tiada masa untuk membuat kerja-kerja research. Otaknya bagaikan calculator & komputer. Beliau hanya mengejek bila kami mengira menggunakan calculator. Bahkan menurut beliau, cicitnya yang berusia 6 tahun juga sudah mampu mengira jarak daripada bumi ke bulan dengan hanya mencongak. Masih saya ingat beberapa orang sahabat yang tak tahan dengan caranya hingga sanggup drop subjek "Problem Formation & Formulation". Pada pendapat saya, ilmu yang saya dapat daripada Prof. Chacko sungguh bermakna. Bayangkanlah, kami belajar bukan sahaja teori-teori sains sosial malah bagaimana mengaplikasikan teori sains dalam bidang sains sosial. Malah, saya turut membentang teori genetik dan teori relativity di dalam kelas. Hasilnya sungguh mengujakan. Kita melatih diri untuk berfikir dalam scope yang lebih global. Umpamanya, kini saya sedang mengaplikasikan "evolutionary game theory" yang lebih kepada teori matematik dan genetik, untuk melihat firms' survivability in e-commerce environment. Pada awalnya, saya tertanya-tanya, hebat sangatkah Prof. Chacko kerana beliau sering mengatakan University di UK hanya 2nd class, dan Australia & Asia 3rd Class (Malaysia pula, tak de kelas lah agaknya). Saya dan zaidi mula mengkaji latar belakang beliau. Rupa-rupanya beliau asalnya dari bidang engineering dan turut memiliki kelayakan dalam bidang IT and social sciences especially business. Rupa-rupanya, beliau dilantik oleh kerajaan Malaysia sebagai consultant untuk projek MSC. Malah yang lebih mengejutkan, supervisor beliau adalah orang yang bertanggungjawab membina roket Apollo untuk Neil Amstrong pergi ke bulan. Di samping itu, beliau adalah sahabat karib kepada Prof. Nash, pemenang anugerah nobel ketika mereka sama-sama di Princeton (seperti yang difilemkan dalam "Beautiful Mind"). Malah, penerbitan bukunya melebihi 40 buah. Terfikir sejenak, patutlah beliau begitu strict di dalam kelas. Masih saya ingat bagaimana kami semua bergilir-gilir ke bilik beliau untuk berlatih "presentation for P-Cubed paper" untuk di persembahkan dihadapan Datuk Prof. Dr. Ibrahim Al-Bajunid. Presentation yang kami buat pun agak pelik. Contohnya, "the application of concomitant coalition kaleidoscopic partnership approach (CONCOL)" untuk diaplikasikan di bahagian recommendation dalam thesis PhD. Dengan beliau juga saya belajar apakah significant contribution for new knowledge expected from PhD thesis, mengapa hypothesis mesti dalam bentuk null hypothesis (dengan menggunakan tamsilan matahari terbit-akan dibincangkan dalam entry seterusnya), dan pelbagai ilmu baru yang sungguh bernilai. Patutlah beliau mendapat title Prof. Emeritus.
Prof. Nash, sahabat karib Prof. Chacko
http://nobelprize.org/nobel_prizes/economics/laureates/1994/nash-autobio.html
  • Aspek lain yang harus dikaji, sejauh manakah pencapaian bakal supervisor anda dalam penulisan dan penerbitan akademik. Berapakah buku akademik dalam bidang kepakaran beliau yang telah diterbitkan? Berapa banyakkah penerbitan beliau dalam High Impact Factor, ISI Ranked Journal? Sejauh manakah pencapaian beliau dalam bidang penyelidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa (e.g: keynote speaker? anugerah penyelidikan?). Begitu juga penglibatan beliau dalam industri sebagai consultant dll.
Ada pula yang bertanya, adakah faktor masa yang diambil oleh supervisor kita untuk menamatkan PhD mereka boleh menjadi kayu pengukur? Pada pendapat saya, faktor masa ini masih banyak pertikaian. Kadangkala, ada penyelidik yang telah membuat preparation secukupnya setahun atau dua tahun lebih awal sebelum memulakan pengajian. Sedikit sebanyak, ianya turut membantu untuk mempercepatkan tempoh siapnya thesis terutamanya dari segi mengurangkan masa yang diambil untuk pencarian literature. Kadangkala, faktor universiti turut memainkan peranan. Ada universiti, lepas submission, dua tiga bulan dah boleh viva (kebanyakkan di UK adalah sebegini). Tidak seperti di sesetengah Universiti di Malaysia, ada yang terpaksa menunggu 8 bulan, setahun, malah dalam kes seperti Zaidi dan saya, terpaksa menunggu setahun lebih, dan selepas viva pula, thesis perlu pula direview oleh 3 orang full professor dalam bidang kepakaran daripada universiti terkemuka dunia (from USA, UK & at least Australia) untuk mencapai tahap kualiti tinggi. Proses penghantaran ke luar negara dan proses semakan itu sahaja memakan masa berbulan-bulan dan ini sudah pasti menyebabkan proses pengesahan tamat pengajian oleh senat university tertangguh.

Bagi mereka yang belajar di US pula, tempoh pengajian 5 tahun telah menjadi satu kelaziman. Ini kerana sistem di US agak berlainan dari UK. Menghadiri kelas sahaja mengambil masa hampir 2 tahun. Macam-macam yang di pelajari tak kira apa jua bidang pengajian. Teringat saya cerita seorang pensyarah pusat bahasa yang menyambung pengajian di US. Walaupun PhD beliau dalam bidang bahasa inggeris, beliau turut belajar subjek matematik dll., yang sekali pandang, macam tidak kena dengan thesis PhD beliau. Namun ilmu yang diperolehi memang sungguh bernilai. Konklusinya, faktor masa adalah agak subjektif untuk dijadikan kayu pengukur. Mengapa saya berkata begitu???

Ketika saya membuat thesis master (7 years ago), supervisor saya baru sahaja pulang dari UK dan belum menamatkan pengajian PhD beliau (rasanya pada masa itu dah melebihi 4 tahun). Ketika pertama kali berjumpa, saya menunjukkan proposal saya. Beberapa minit melihat, beliau memberi semula proposal tersebut dan berkata "rejected". Pelik juga, sebab supervisor yang pertama (** saya terpaksa menukar supervisor atas sebab-sebab teknikal) kata dah ok. Beliau kemudiannya mengeluarkan 5 buah buku research methodology dan juga nota-nota PhD (setebal satu rim paper A4) dan diletakkan di hadapan saya. Beliau menanda mukasurat tertentu dalam buku-buku yang diberikan kepada saya dan berkata "you balik baca semua ni, lepas tu datang jumpa saya and tell me apa yang tak kena dengan proposal you". Fuhh.... tension juga masa tu. Kawan-kawan serumah sibuk menonton hindi movie (masa tu tengah top cerita Mann & Kuch Kuch ....), saya pula terkial-kial membaca buku research method dan juga nota-nota PhD guidelines. Masa tu terfikir juga, kenapalah aku kena baca nota PhD sedangkan nak buat thesis Master jer?? Hampir 2 minggu kemudian saya berjumpa beliau, menerangkan di mana kesilapan proposal saya. Memang betul, banyak yang tak kena. Kemudiannya saya menunjukkan proposal baru (dengan bangga sebab rasanya dah banyak ilmu yang dapat ketika membaca buku-buku research). Namun sangkaan saya agak meleset kerana saya di asak pula dengan beberapa soalan cepu emas seperti "parametric atau non-parametric??", "data measurement scale??" dan lain-lain yang saya masih confused. Disebabkan tak boleh menjawab dengan cepat dan ditambah pula dengan cara menjawab yang masih teragak-agak, kena baca buku lagi..... Namun alhamdulillah, dengan cara sebegitu, saya dapat menghasilkan thesis master yang mana ketika viva, semua panel berpuas hati dan takde soalan-soalan, kecuali nak kena betulkan huruf dalam table of contents jer. Malah ada panel yang memuji, "a very good research methodology". Thesis master itu juga saya upgradekan sikit untuk geran IRDC, dan apabila dibentangkan di CSSR, masih saya ingat pengerusi sesi ketika itu (kini menjawat jawatan Penolong Naib Canselor) berkata " a very informative presentation & macam pembentangan viva PhD". Malah ketika habis sesi pembentangan, seorang panel berkata kepada saya "a very good presentation". Hasilnya, pembentangan di CSSR itu saya mendapat anugerah "penyelidikan yang ada potensi untuk dikomersilkan oleh pihak industri". Malah, kemenangan saya di CSSR membuatkan saya terpilih untuk mempertandingkan research tersebut di IPTA R&D Expo di PWTC KL dan mendapat anugerah pingat perak. Kemenangan di PWTC itulah yang membawa saya ke Geneva, Switzerland pada bulan April 2006. Bukan sahaja setakat itu, Chief in Editor High Impact Factor Journal telah berkenan dengan penyelidikan tersebut dan ianya akan diterbitkan dalam High Impact Factor Journal tidak lama lagi. Apa yang boleh saya katakan, disebalik ketentuan yang telah Allah tetapkan, kejayaan yang saya perolehi adalah hasil daripada ilmu yang dicurahkan oleh supervisor master saya. Sebab itulah ketika saya membuat thesis PhD, setiap presentation yang dibuat, pastinya akan mendapat pujian dan kerana itu juga saya mendapat markah 18/15 ketika membentangkan proposal dalam kelas PhD. Dan kini, saya dan ex-supervisor master saya sama-sama berjaya hingga ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan penyelidikan. Malah apa yang boleh saya katakan, kejayaan PhD saya majoritinya adalah hasil kemantapan ilmu yang saya perolehi ketika membuat research master. Konklusinya, tempoh pengajian agak abstrak untuk menjadi kayu pengukur dalam memilih calon supervisor.


My Sifu, explaining his research to the judges at INPEX Invention Show USA (he won Merit Award)

Me, explaining my research products to the judges at INPEX Invention Show USA 2007 (I won 2 silver medals)

Thursday, April 24, 2008

PhD Series: Tips in Preparing Questionnaire

To minimize questionnaire bias, the followings were identified as best practices (Hussey & Hussey, 1997; czaja & blair, 1996; Salant & Dillman, 1994):

1. Limit instrument to a maximum of eight pages (some said 4 pages)
2. Introduce the study with a simple and clear explanation of purpose
3. Space the categories so that it is easy for the respondents
4. Provide simple instructions
Use common wordings and simple english found in everyday use - no complex terms or unidentified abbreviations. Jargons and technical terms should be explained in simple english
5. The questions and format should have no subjective tones which would introduce bias
6. Design the questionnaire to be easy and interesting to answer to avoid non-response error
7. Group questions into sections with similar qualities and relevance
8. Questions should be relevant, easy to answer and interesting
9. Questions should be applicable and answerable by most respondents
10. Choices must be mutually exclusive to prevent inaccuracies in response

(Details can be found in my book: Quantitative Research: Questionnaire Survey)

Wednesday, April 23, 2008

Seronoknya bercuti...????

Last week adalah minggu yang paling busy sepanjang semester ini. Menghabiskan marking dan menyiapkan markah kerja kursus pelajar sungguh meletihkan. Lagi menyiksakan apabila menyemak Lab test bagi subjek Accounting Information System. Fail terpaksa dibuka satu per satu. Penat mata mengadap skrin komputer untuk menyemak jawapan pelajar. Sebagai ganjaran untuk diri sendiri, saya mengambil cuti 2 hari iaitu pada hari Isnin dan Selasa yang lepas untuk berehat. Cadangnya nak mengemas rumah yang dah agak berserabut dan juga menyiapkan pemasangan wallpaper dan mengecat rumah yang sudah agak lama tergendala (bak kata Zaidi... projek terbengkalai). Saya gemar melakukannya sendiri supaya puas hati.

Namun 4 hari bercuti (termasuk cuti hujung minggu) nampaknya belum mencukupi. Projek masih terbengkalai nampaknya. Ramai yang tidak sihat. Zaidi masih pening-pening lalat akibat dizziness manakala adik bongsu pula keracunan makanan. Maka cuti kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjaga orang sakit. Mungkin minggu depan nak kena apply cuti lagi sekali.

Hari ini, kembali semula ke office, saya menerima sebuah bungkusan. Thesis pelajar sarjana untuk disemak. Perlu disiapkan sebelum pelajar tersebut menghadiri sesi viva pada 5 Mei nanti. Nasib baik tebalnya hanya satu per lima ketebalan thesis PhD. Jika tidak, tak boleh lah nak bercuti lagi...

Monday, April 21, 2008

Books in progress...

Buku 1: Quantitative Research (questionnaire survey)

Ianya bermula apabila ramai kawan-kawan bertanya tentang phd dan meminta saya memberi komen proposal mereka. Kemudiannya, apabila dilantik untuk menilai proposal geran FRGS, dan dijemput sebagai penceramah, idea untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan quantitative research telah berputik. Langkah seterusnya, nota-nota yang digunakan ketika mengendalikan bengkel research, di edit dan di upgrade untuk menjadi sebuah buku. Di harap buku seperti ini sekurang-kurangnya dapat memberi galakan kepada yang berminat untuk membuat penyelidikan PhD berbentuk Quantitative Research (questionnaire survey).


Buku 2: Award Winning Social Sciences Research Papers (2nd edition)

Buku ini adalah edisi ke dua. Edisi pertama sudah mencapai peringkat terakhir proses cetakan. Insya-allah, edisi ke dua ini akan disiapkan sebelum bermulanya semester baru pada Julai nanti.

Thursday, April 17, 2008

Hollywood...tidak seindah namanya







Bila disebut Hollywood, tergambar di fikiran akan sebuah bandar yang indah, canggih dan hebat. Namun hakikat sebenarnya, hollywood tak ubah seperti bandar-bandar lama di Malaysia. Boleh dikatakan ianya agak mirip dengan kawasan sekitar Jalan TAR di KL. Bangunannya agak lama dan buruk. Malah kedai cenderamata di sini juga biasa-biasa sahaja. Ketika memilih pakej pelancongan, pada mulanya saya tertarik nak pergi ke Disneyland. Namun apabila melihat brochure VIP Tours ke Hollywood, Beverly Hills dan Downtown LA, terasa menarik pula. Ditambah pula dengan keletihan dan masa yang agak terhad, kami sepakat memilih pakej VIP tours. Lagipun, harganya agak murah iaitu sekitar USD60 sahaja. Hasrat ke Disneyland terpaksa dilepaskan. Namun ramai yang agak kecewa kerana Hollywood hanyalah indah khabar dari rupa.

Basikal yang berselimut...

This photo was taken by a kind "Mat Saleh" at Manhattan Beach, LA. Weird... basikal pun ada selimut khas di musim sejuk. Sungguh kreatif pemilik basikal tersebut. Cuma persoalannya.... kenapa???

Tuesday, April 15, 2008

Korean Brooch...

Di sinilah syurga brooch - Namdaemun market

Termasuklah segala macam aksesori wanita

Antara yang menarik hati

Harga brooch lebih kurang 4000 won = RM11.50


Apa yang sangat menarik di Korea??? Sudah pasti.. korean brooch. Rambang mata memandang. Yang mana satu pilihan kalbu??? Rasa macam nak beli kesemuanya. Kunjungan pertama saya ke Korea pada Disember 2006, tak banyak brooch yang dibeli. Alasannya, terlalu sibuk dengan competition, waktu siang yang pendek ( pukul 4 petang dah start gelap). Kunjungan kali ke dua, pada bulan jun 2007, selepas pembentangan kajian PhD di Korea University, saya menambah beberapa hari untuk bershopping. Memang puas hati membeli cumanya.... habis kering poket dek melihat kilauan brooch-brooch yang begitu murah. Semua brooch yang tertera dalam gambar di atas dapat di beli dengan harga RM 11.50 setiap satu. Kalau kat Malaysia, harganya mencecah RM50-RM70. Yang paling mengejutkan, necklace yang saya beli di korea dengan harga RM 50, di jual di Malaysia dengan harga RM700. Saya sempat membeli stok brooch seumur hidup!!!

Sunday, April 13, 2008

Approved budget for conference in Rothenburg




Last week I received a letter from BLPS regarding the approved budget for my forthcoming conference at Zum Rappen Hotel, Rothenburg Germany (18-20 June 2008). Nothing to worry... all expenses will be covered based on actual costs (flight ticket-economy jer, accomodation and conference fees). Zaidi also received the same budget as mine. We will be presenting three research papers at EABR conference and TLC conference. The organizer, Clute Institute of Academic Research is evaluating our research papers to be published in any of their (8) refereed journals.

Saturday, April 5, 2008

Penjelasan kepada isu penerbitan dalam "High Impact Factor Journals (Thompson Listed)"

Antara penerbitan yang telah diterbitkan dalam high impact fator journals (IMDS rank no.1 dan JCIS rank no. 18; bagi kategori IS journals), hasil daripada penyelidikan PhD


Publishing in High Impact Factor Journals (Thompson Listed) adalah sesuatu yang begitu sukar bagi orang Asia. Malah ianya bertambah sukar apabila kita adalah warga universiti yang tidak tersenarai dalam ranking Universiti Dunia. 2 minggu yang lalu, saya menghadiri satu sesi ceramah berkaitan "publishing in high impact factor journal". Menurut penceramah, pada keadaan sekarang, halangan utama untuk mendapat taraf "Research University" adalah penerbitan dalam jurnal berwasit lebih-lebih lagi high impact factor journals.


Ramai yang masih keliru akan status high impact factor journals. Ada yang beranggapan, jika hasil penyelidikan telah diterbitkan di Emerald, Proquest dan EBSCOHOST; maka sudah mencukupi. Namun ramai yang masih tidak tahu, penerbitan dalam Proquest dan Ebscohost memanglah berwasit tetapi ianya bukan high impact factor journals (or known as Flagship journals atau jurnal elit). Malah, tidak semua jurnal yang tersenarai dalam Emerald adalah high impact factor journals.


High impact factor journals adalah jurnal elit berstatus tinggi yang dikawal badan dunia. Hanya jurnal yang tersenarai di http://scientific.thomson.com/ dikategorikan sebagai high impact factor journals. Penerimaan artikel untuk jurnal-jurnal ini kadangkala hanya pada tahap 1% (cth: daripada 1000 artikel yang diterima, hanya 10 di pilih). Kebanyakkan penulis dalam jurnal-jurnal ini terdiri daripada pensyarah world class university seperti Harvard, Oxford, Cambridge etc. Jurnal-jurnal ini amat mengutamakan "significant contribution to new knowledge" dan penggunaan kaedah statistik terkini seperti structural equation modelling. Sebab itulah, jika seseorang pensyarah berjaya menerbitkan artikel dalam high impact factor journal, markah yang diberi untuk tujuan kenaikan pangkat adalah 100 markah (untuk permohonan Prof. Madya) berbanding 50 markah jika diterbitkan dalam International Refereed Journal yang lain (with no impact factor). Tambahan pula, bagi pensyarah yang masih berada pada gred DM45, jika anda mempunyai 3 penerbitan dalam international refereed journals (lebih-lebih lagi jika ianya high impact factor), anda boleh terus memohon kenaikat pangkat terus ke DM54 Prof. Madya, tanpa perlu memohon DM52.


Penulisan dalam high impact factor journal perlu mengikut beberapa garis panduan. Boleh dikatakan hampir 50%-90% daripada penulisan asal akan diubah. Contohnya, kaedah statistik haruslah terkini. Kandungan literature juga haruslah tidak lapuk (maksimum 2 tahun ke belakang - kalau terbit 2008, literature mesti 2007 or 2006). Malah terdapat syarat di mana rujukan literature mesti at least 6 rujukan daripada high impact factor jurnal (ada jurnal yang meletakkan syarat harus ada minimum beberapa rujukan daripada jurnal tertentu). Boleh dikatakan penulisan asal hanya nampak bayang-bayangnya sahaja (kadangkala hanya data asal sahaja yang digunakan, manakala penulisan totally berubah).
Bagi diri saya dan zaidi, kami telah berjaya menerbitkan 4 artikel kami sendiri dalam high impact factor jurnal (hasil daripada penyelidikan PhD). Malah, 5 artikel lagi (daripada thesis master saya dan zaidi dan juga hasil penyelidikan geran IRDC) dalam proses penerbitan. Langkah kami mengajak kawan-kawan untuk turut serta adalah dengan niat untuk menolong (kerana ramai yang bertanya) dan memberi sumbangan dalam membawa universiti mendapat taraf RU.
Justeru itu, mohon maaf jika ada yang beranggapan negatif dalam isu tersebut.

Friday, April 4, 2008

Highest level of Manager/leader

Teringat saya kepada kursus PTK 4 dua tahun yang lalu. Saya begitu tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengarah UiTM Perak pada masa tersebut berkaitan dengan tajuk pengurusan. Antara yang menarik perhatian saya adalah "levels of managers/leaders in organizations". Menurut beliau, ada banyak tahap managers. Ada yang hanya mementingkan diri sendiri. Apa sahaja yang dibuat, adalah untuk kepentingan dan kebaikan dirinya sahaja dan tidak langsung memberi impak dalam peningkatan kerjaya orang lain di bawahnya. Ada pula tahap manager yang membuat sesuatu untuk dirinya dan juga mengambil kira impak kepada orang di bawahnya supaya turut menikmati ganjaran (contohnya, dengan pemberian bonus, surat penghargaan dan juga kenaikan pangkat). Apa yang lebih menarik hati saya adalah kedudukan managers yang dikategorikan kepada tahap tertinggi. Highest level manager akan cuba membawa pekerjanya untuk mencapai tahap sepertinya. Maksudnya, beliau akan cuba menghasilkan copies of him/herself dan akan berasa puas jika orang bawahan beliau akan berjaya setaraf dengannya.
Melihat senario ini, saya begitu bersyukur kerana di Fakulti Shah Alam, ramai yang berada pada tahap highest level managers. Golongan muda yang mempunyai potensi, akan dicungkil bakatnya, di beri sokongan yang begitu superb untuk turut sama berjaya. Bak kata seorang Prof., all of these young people will be our future leaders to replace us. Dan sesuatu yang saya perhatikan, kesemua highest level managers ini akan bertambah-tambah kejayaan mereka (mungkin itu adalah rahmat Alah di atas segala ketulusan hati mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan amanah).

Tuesday, April 1, 2008

Coming Soon... ITEX 2008

Penyelidik 2 sejoli...
IID 2008 baru sahaja berakhir. Ramai yang tertanya-tanya... ke mana selepas ini?? For those yang first time masuk competition, memang betul-betul bersemangat. Ada yang dah berimaginasi akan ke luar negara.... Komen saya..... Bagus!!! sentiasa berpandangan jauh....
Hari ini terungkai segalanya.... Pagi tadi saya menerima e-mail dari zaini irdc, semua pemenang pingat emas akan ke ITEX 2008 di KLCC pada 9-11 mei nanti. ITEX adalah pertandingan rekacipa mirip Geneva cuma ianya diadakan di Malaysia. ITEX juga bertaraf International kerana disertai oleh negara-negara luar seperti Rusia, Korea dll. Pada tahun lepas, saya tidak menyertai ITEX namun saya dan Zaidi dilantik oleh Malaysian Invention & Design Society sebagai panel hakim. Baru-baru ini juga kami mendapat tawaran menjadi hakim sekali lagi namun, penyertaan saya sebagai researcher, menyebabkan tawaran tersebut terpaksa ditolak.
Semoga UiTM akan berjaya dengan cemerlang sekali lagi di ITEX 2008.