Sunday, March 30, 2008

Wajah-wajah Supervisor PhD

Dr. Ahasanul (Supervisor Pertama)
Dr. Ahasanul adalah supervisor pertama ketika saya mula-mula mendaftar PhD pada 5 Julai 2004. Beliau seorang yang sungguh rajin. Setiap kerja yang saya submit, akan di edit oleh beliau dengan begitu teliti dan pantas. Saya mula berjumpa beliau ketika membuat research proposal untuk memohon biasiswa. Namun, sebulan selepas mendaftar diri di MMU, beliau mendapat tawaran ke King Abdul Aziz University di Arab Saudi. Hampir 4 bulan saya tiada supervisor. Beliau bertugas di Arab Saudi tidak lama. Tidak tahan dengan sikap pak Arab yang keluar masuk kelas sesuka hati, Dr. Ahasanul kembali ke Malaysia dan kini bertugas di UIA. Saya masih berhubung dengan beliau sehingga kini. Malah, beliau turut menjadi editor kepada salah satu buku saya dan Zaidi terbitan UPENA, "Award winning social science research papers".

Dr. Shireenjit (Supervisor Ke-2)

(Tiada gambar). Dr. Shireen adalah supervisor saya yang ke-2. Beliau adalah bekas pensyarah saya ketika saya belajar di UUM. Seingat saya, di UUM beliau begitu tegas. Walaubagaimanapun, saya hanya sempat belajar dibawah seliaan beliau selama dua bulan dan kemudiannya, supervisor saya di tukar kerana bidang thesis saya tidak sama dengan bidang kepakaran Dr. Shireen.

Dr. Thyaga (Supervisor ke-3)

Dr. Thyaga merupakan salah seorang pensyarah saya ketika di semester pertama untuk kelas "Problem Formation and Formulation". Sesuatu yang tidak dapat saya lupakan, ketika dalam kelas beliau, semua pelajar dikehendaki membentangkan proposal PhD masing-masing. Saya mendapat markah tertinggi, malah melebihi had maksimum iaitu 18/15. Sebenarnya, saya adalah pembentang terakhir. Beliau begitu tidak berpuas hati dengan pembentangan rakan-rakan saya yang lain. Memandangkan saya membuat pembentangan yang begitu terperinci (the only presenter yang ada theoretical framework and operationalization of variables), maka.... dapatlah markah penuh dengan tambahan 3 markah bonus. Saya masih ingat, salah seorang rakan saya begitu marah kerana hanya dapat 3 markah sahaja. Dr. Thyaga juga dilantik menjadi supervisor saya yang ke-3. Banyak yang saya pelajari daripada beliau. Malah, di bawah seliaan beliau juga saya berjaya membentangkan PhD Proposal Defence tanpa sebarang pembetulan. Ketika saya mula membuat data collection, Dr. Thyaga terpaksa pulang ke India atas sebab-sebab kesihatan. Beliau menjadi supervisor saya selama hampir 8 bulan.

Dr. Mohan (Supervisor ke-4)
Kepulangan Dr. Thyaga ke India untuk menjalani pembedahan menimbulkan sedikit masalah kepada saya. Saya tidak mempunyai supervisor selama 6 bulan, hinggalah Dr. Mohan dilantik. Namun, masalah timbul lagi kerana belum sempat saya berjumpa beliau, beliau telah pun bertukar ke University of Nottingham. Maka, berterusanlah saya tidak mempunyai supervisor selama 8 bulan sehinggalah Dr. Murali dilantik.


Dr. Murali (Supervisor ke-5)
Dr. Murali dilantik menjadi supervisor saya mulai Februari 2007. Beliau seorang pensyarah muda yang begitu cemerlang dan mempunyai 3 Masters. Beliau juga pemegang Fullbright Scholarship & Rhodes Scholar. Beliau sempat menyemak thesis saya sebanyak 3 chapters. Ketika bulan June 2006, sekembalinya saya dari US kerana menhadiri pertandingan rekacipta, Dr. Murali dengan berat hati memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan ke Monash University. Tension betul masa tu... sebabnya, saya dah start prepare slides untuk tujuan work completion. Bukannya apa... di MMU, proses perlantikan supervisor nak kena tunggu senat meeting. Lepas tu pulak, senat meeting once a month. So.. jadilah berbulan-bulan proses menunggu sedangkan tempoh pengajian dah nak tamat.


Dr. Martha (Supervisor ke-6)
Dr. Martha pada mulanya menjadi co-supervisor ketika saya mendapat Dr. Murali sebagai main supervisor. Beliau adalah seorang "IT Specialist". Pemergian Dr. Murali ke Monash menyebabkan proses semakan thesis tergendala sebentar sehinggalah Dr. Martha dilantik sebagai Main Supervisor pada bulan August. Pada ketika itu, Zaidi dah kembali bertugas di UiTM Johor, dan saya pula tengah kalut nak buat work completion, maka berulang-alik lah saya dari johor ke Cyberjaya. Memandangkan dah banyak sangat supervisor saya dan kebetulan pula dah di penghujung pengajian, maka seorang co-supervisor di lantik (in-case main supervisor lari ke U lain). Maka, secara rasminya, Dr. Rama dilantik sebagai co-supervisor.

Jika ditanya pendapat saya, PhD sebenar boleh disiapkan dalam tempoh maksimum 2 tahun sahaja. Namun, masalah luaran seperti pertukaran supervisor yang bersilih ganti adalah halangan utama kerana setiap kali bertukarnya supervisor, Chapter 1,2,3,4 & 5 akan dibaca semula dan sudah pasti, menanti supervisor membaca thesis kita adalah satu penyeksaan (berbulan-bulan...).

No comments: