Monday, March 3, 2008

Namdaemun Market..... Syurga Membeli Belah

Di bahagian bawah Namdaemun Market


Jika anda ke Korea, jangan lupa singgah di Namdaemun market. Terletak di Seoul, Namdaemun market adalah syurga membeli belah. Yang paling best, di sinilah terletaknya pusat jualan korean brooch terbesar di korea. Rambang sungguh mata tatkala melihat kilauan brooch di sana sini. Tambahan pula, harganya cukup murah. Jika di Malaysia dijual dengan harga RM70, harganya di sini hanyalah RM11. Semuanya kelihatan sama di sini. Jalannya yang bercabang-cabang membuatkan kami masih sesat tatkala mencari jalan pulang ke subway. Ketika kali pertama mengunjungi pasar ini pada disember 2006, masa begitu terhad kerana hotel kami agak jauh dan terpaksa naik turun subway dua tiga kali. Tambahan pula ketika itu adalah waktu winter menyebabkan kami mengharungi kesejukan pagi seawal pukul 6 am (pasar ini dibuka pukul 5 pagi) untuk sampai ke sini kerana kami terpaksa kembali ke COEX exhibition hall untuk menjaga booth pameran sebelum pukul 10 pagi.


Namdaemun Square

Kami tetap naik subway walaupun jarak hotel dengan Namdaemun market tak sampai 1 km sebab banyak sangat lorong dan bangunan, lepas tu tak faham bahasa, naik subway (800 won = RM3) adalah cara yang paling selamat

Namun ketika kunjungan kami ke sana pada bulan Jun 2007, saya dan zaidi mempunyai masa yang banyak untuk bershopping kerana hotel hanya terletak 0.5 km daripada pasar Namdaemun. Tambahan pula, kunjungan ke dua ini adalah untuk membentang kertas penyelidikan PhD kami di Korea University yang hanya mengambil masa dua hari. Empat hari selebihnya kami gunakan untuk bersiar-siar. Namun, kunjungan kami kali ke dua adalah ketika musim summer.... suhunya hampir 30 darjah celcius. Yang paling tak tahan ketika berkunjung ke Namdaemun market, daging khinzir di jual merata-rata. Ditambah pula dengan bau khinzir panggang dll., menyebabkan aktiviti shopping kami di situ terpaksa dilakukan dengan cepat (dah tak tahan dengan bau...).

2 comments:

Norzaidi Mohd Daud said...

Teringat bau hamis khinzir panggang + kimchi. Pening dan loya...

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!