Monday, March 3, 2008

Harapan Seorang Anak... vs. Pengorbanan Seorang Ibu

Membaca entry khairul (tembikai vs. epal), teringat saya keresahan seorang sahabat di Fakulti yang baru pulang dari pengajian PHD di UK. Sudah pasti kepulangan beliau dengan gelaran Dr. seharusnya sesuatu yang mengembirakan. Namun sebaliknya, wajahnya tidak ceria dan kelihatan resah. Beliau meluahkan kepada saya, hatinya runsing memikirkan nasib anaknya yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan tetapi tidak diterima oleh IPTA Malaysia kerana tiada kelayakan SPM. Anaknya mempunyai kelayakan setanding SPM yang diperolehi di UK (dengan keputusan yang cukup cemerlang). Itulah satu-satunya anak yang ada. Begitu berat sekali untuk beliau menolak impian anaknya. Jalan terakhir, Institusi swasta yang menawarkan kursus perubatan. Namun, halangan utama adalah bebanan kewangan yang pastinya mencecah melebihi RM250,000. Pagi tadi beliau berjumpa saya, hatinya telah tekad. Wang boleh dicari, hasrat anak tunggal harus dipenuhi. Anaknya akan mula belajar di institusi swasta pada bulan august nanti. Terharu saya melihat pengorbanan seorang ibu, naik turun pejabat VC, pejabat menteri pengajian tinggi dan lain-lain demi memenuhi hasrat seorang anak.

1 comment:

Norzaidi Mohd Daud said...

Tak apa, boleh suruh mak dia apply kat UIA. Baru antarabangsa sikit pengajian anak dia