Tuesday, March 4, 2008

Dongdaemun Market



Dongdaemun adalah satu lagi tempat membeli-belah di Korea Selatan. Jika Namdaemun terkenal sebagai syurga brooch, Dongdaemun pula adalah syurga kain (korean silk) dan aksesori bilik tidur seperti comforter, cadar dll. Kami ke sini pada waktu petang lebih kurang pukul 5. Memandangkan pada musim winter waktu siang adalah terlalu pendek (pukul 4.30 petang dah gelap), pukul lima petang seolah-olah pukul 8 malam. Yang paling susah di Korea adalah masalah komunikasi. Proses tawar menawar hanya boleh dilakukan dengan memetik calculator yang disediakan pekedai. Salah satu sifat orang korea, mereka tidak suka jika kita tidak membeli barang yang telah mereka turunkan harganya.