Friday, March 21, 2008

Berakhirnya satu penantian.....PhD

Hari ini saya menghadiri viva di MMU. Ianya mengambil masa 1 jam 20 minit. Presentation saya mengambil masa lebih kurang 45 minit manakala selebihnya adalah untuk sesi soal jawab. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar (lepas viva terus sakit tekak...). Terdapat 4 orang panel rasmi dan lima orang panel tak rasmi. Banyak juga soalan yang ditanya dan alhamdulillah semuanya dapat dijawab dengan baik. Yang paling mengembirakan, di akhir sesi, tiga orang panel datang ke hadapan dan mengucapkan tahniah dan berkata "Your research is very good". Yang lagi lawak, seorang daripada panel minta saya e-mailkan slides saya pada dia sebab katanya, very informative (nak kena tanya supervisor dulu ni... takut pulak nanti dia ambil dan publish paper tu). Katanya, nak jadikan contoh kepada PhD students yang lain. Hampir 9 bulan menanti untuk viva, at last berakhir juga satu penantian...
Kepada kawan-kawan yang sedang dan akan belajar PhD, saya doakan semoga semuanya berjaya. Untuk renungan, bak kata seorang Prof., PhD bukan sekadar mendapatkan title, sesiapa sahaja boleh mendapatkan title Dr. tetapi, mampukah kita menjadi seorang supervisor yang menghasilkan pelajar-pelajar yang turut cemerlang??? Semuanya bergantung kepada kualiti penyelidikan yang kita hasilkan. Adakah kita setakat menghasilkan thesis yang hanya disimpan di library? Atau hasil kerja kita diterbitkan di refereed journals, high impact factor journals (flagship journals), buku, memenangi anugerah dan lain-lain. Jika tidak, dikhuatiri kita akan menjadi supervisor yang tidak berkualiti dan menimbulkan masalah "incompetence breeds incompetence" (kata-kata yang dipetik daripada Prof. Dr. George K. Chacko).

7 comments:

Salar said...

See here or here

Mohd Halim Kadri said...

Dr Intan,
Ucapan tahniah dari saya. Saya dah agak apa yang akan berlaku dalam viva tersebut. Sudah tentu semua panel berpuashati dengan pembentangan dan jawapan Dr. Teruskan usaha untuk membimbing pelajar dan rakan-rakan.

syah said...

Congrats Dr. Intan,

Diaorang impressed tengok your research framework tu....

Berselirat dengan variables hehheh!!!

Khairul said...

Intan,

Tahniah dan Selamat menaburkan bakti mendidik anak bangsa...

" faRa-hiya (^.^) v said...

Pn. Intan,, congratulation.. hehe.. ;)

intan said...

Syahrul & Khairul,

TQ... Saya doakan both of you juga berjaya...

Halim.YJ said...

Tahniah kerana telah mendapat anugerah DR....semoga Intan akan lebih bersemangat untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan selepas ini...& selamanya!!!

Wassalam
Halim.YJ