Friday, March 14, 2008

1 night work...


Minggu ini dan minggu hadapan adalah minggu-minggu yang paling sibuk. Tak lama lagi IID bakal menjelma, so sibuk dengan persiapan. Pukul satu pagi tadi dapat mesej dari Encik Salim dari syarikat penerbitan majalah Usaha Dagang PKNS, minta submit satu artikel berkaitan perakaunan untuk diterbitkan, saya berjanji untuk submit esok pagi. Minggu hadapan, jumaat 21 March adalah hari paling penting, saya akan menghadapi viva PhD, so memang kalut nak touch-up slides yang dah prepare sejak June tahun lepas (akhirnya dapat jugak tarikh viva..... thanks to Prof. AZ, with her effort, masalah kelembapan pengurusan dapat diatasi).

Namun dalam kesibukan, saya berjaya menyiapkan satu sistem pengurusan majlis (event management) yang diberi nama Mr. Manager dalam hanya satu malam. Sememangnya telah menjadi kelaziman, kerja saya akan lebih efisyen jika dibuat dalam keadaan pressure. Mungkin dah jadi tradisi dalam keluarga saya, adik beradik lain juga begitu. Juga ketika belajar, last minute study adalah yang terbaik bagi saya.... mungkin kedengaran agak pelik, namun itulah hakikatnya....

7 comments:

Akinogal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Intan said...

To all blog readers, berhati-hati ketika membaca komen-komen. Ada antara komen-komen tersebut sebenarnya adalah spyware.

" faRa-hiya (^.^) v said...

hee,, puan intan.. all da besh for next week ya.. saya salah sorang student puan yg xkn dapat pizza.. huuhu =)

Mohd Halim Kadri said...

Dr Intan,

Semoga berjaya dalam viva yang telah lama dinantikan.

intan salwani said...

En. Halim,

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Viva saya 1 jam 20 minit. Yang paling best, bila panels (4 orang panel rasmi) datang ucap tahniah, dan berkata "your research is very good". Saya doakan, urusan PhD En. Halim dan kawan-kawan yang lain juga akan berjaya, insya-allah.

intan salwani said...

fara,

PIZZA.... nantilah kalau you dah grad nanti saya belanja makan pizza. (he..he... jgn lah sedih, emm... robek poket kalau nak belanja satu kelas kat pizza hut. nanti saya ganti dgn coklat boleh ker???)

" faRa-hiya (^.^) v said...

hee.. anyway coklat pun layan je.. ;)memandangkn puan da banyk menang award mase IID aritu.. ~ngee

p/s: saya pau pizza dari nabilah, shida, salina & irda nanti.. hee~