Sunday, March 30, 2008

Wajah-wajah Supervisor PhD

Dr. Ahasanul (Supervisor Pertama)
Dr. Ahasanul adalah supervisor pertama ketika saya mula-mula mendaftar PhD pada 5 Julai 2004. Beliau seorang yang sungguh rajin. Setiap kerja yang saya submit, akan di edit oleh beliau dengan begitu teliti dan pantas. Saya mula berjumpa beliau ketika membuat research proposal untuk memohon biasiswa. Namun, sebulan selepas mendaftar diri di MMU, beliau mendapat tawaran ke King Abdul Aziz University di Arab Saudi. Hampir 4 bulan saya tiada supervisor. Beliau bertugas di Arab Saudi tidak lama. Tidak tahan dengan sikap pak Arab yang keluar masuk kelas sesuka hati, Dr. Ahasanul kembali ke Malaysia dan kini bertugas di UIA. Saya masih berhubung dengan beliau sehingga kini. Malah, beliau turut menjadi editor kepada salah satu buku saya dan Zaidi terbitan UPENA, "Award winning social science research papers".

Dr. Shireenjit (Supervisor Ke-2)

(Tiada gambar). Dr. Shireen adalah supervisor saya yang ke-2. Beliau adalah bekas pensyarah saya ketika saya belajar di UUM. Seingat saya, di UUM beliau begitu tegas. Walaubagaimanapun, saya hanya sempat belajar dibawah seliaan beliau selama dua bulan dan kemudiannya, supervisor saya di tukar kerana bidang thesis saya tidak sama dengan bidang kepakaran Dr. Shireen.

Dr. Thyaga (Supervisor ke-3)

Dr. Thyaga merupakan salah seorang pensyarah saya ketika di semester pertama untuk kelas "Problem Formation and Formulation". Sesuatu yang tidak dapat saya lupakan, ketika dalam kelas beliau, semua pelajar dikehendaki membentangkan proposal PhD masing-masing. Saya mendapat markah tertinggi, malah melebihi had maksimum iaitu 18/15. Sebenarnya, saya adalah pembentang terakhir. Beliau begitu tidak berpuas hati dengan pembentangan rakan-rakan saya yang lain. Memandangkan saya membuat pembentangan yang begitu terperinci (the only presenter yang ada theoretical framework and operationalization of variables), maka.... dapatlah markah penuh dengan tambahan 3 markah bonus. Saya masih ingat, salah seorang rakan saya begitu marah kerana hanya dapat 3 markah sahaja. Dr. Thyaga juga dilantik menjadi supervisor saya yang ke-3. Banyak yang saya pelajari daripada beliau. Malah, di bawah seliaan beliau juga saya berjaya membentangkan PhD Proposal Defence tanpa sebarang pembetulan. Ketika saya mula membuat data collection, Dr. Thyaga terpaksa pulang ke India atas sebab-sebab kesihatan. Beliau menjadi supervisor saya selama hampir 8 bulan.

Dr. Mohan (Supervisor ke-4)
Kepulangan Dr. Thyaga ke India untuk menjalani pembedahan menimbulkan sedikit masalah kepada saya. Saya tidak mempunyai supervisor selama 6 bulan, hinggalah Dr. Mohan dilantik. Namun, masalah timbul lagi kerana belum sempat saya berjumpa beliau, beliau telah pun bertukar ke University of Nottingham. Maka, berterusanlah saya tidak mempunyai supervisor selama 8 bulan sehinggalah Dr. Murali dilantik.


Dr. Murali (Supervisor ke-5)
Dr. Murali dilantik menjadi supervisor saya mulai Februari 2007. Beliau seorang pensyarah muda yang begitu cemerlang dan mempunyai 3 Masters. Beliau juga pemegang Fullbright Scholarship & Rhodes Scholar. Beliau sempat menyemak thesis saya sebanyak 3 chapters. Ketika bulan June 2006, sekembalinya saya dari US kerana menhadiri pertandingan rekacipta, Dr. Murali dengan berat hati memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan ke Monash University. Tension betul masa tu... sebabnya, saya dah start prepare slides untuk tujuan work completion. Bukannya apa... di MMU, proses perlantikan supervisor nak kena tunggu senat meeting. Lepas tu pulak, senat meeting once a month. So.. jadilah berbulan-bulan proses menunggu sedangkan tempoh pengajian dah nak tamat.


Dr. Martha (Supervisor ke-6)
Dr. Martha pada mulanya menjadi co-supervisor ketika saya mendapat Dr. Murali sebagai main supervisor. Beliau adalah seorang "IT Specialist". Pemergian Dr. Murali ke Monash menyebabkan proses semakan thesis tergendala sebentar sehinggalah Dr. Martha dilantik sebagai Main Supervisor pada bulan August. Pada ketika itu, Zaidi dah kembali bertugas di UiTM Johor, dan saya pula tengah kalut nak buat work completion, maka berulang-alik lah saya dari johor ke Cyberjaya. Memandangkan dah banyak sangat supervisor saya dan kebetulan pula dah di penghujung pengajian, maka seorang co-supervisor di lantik (in-case main supervisor lari ke U lain). Maka, secara rasminya, Dr. Rama dilantik sebagai co-supervisor.

Jika ditanya pendapat saya, PhD sebenar boleh disiapkan dalam tempoh maksimum 2 tahun sahaja. Namun, masalah luaran seperti pertukaran supervisor yang bersilih ganti adalah halangan utama kerana setiap kali bertukarnya supervisor, Chapter 1,2,3,4 & 5 akan dibaca semula dan sudah pasti, menanti supervisor membaca thesis kita adalah satu penyeksaan (berbulan-bulan...).

Friday, March 28, 2008

Intelligence Tutor (Bronze Medal IID 2008)




The courseware incorporates theory of multiple intelligences and smart learning strategies in explaining abstract concepts using appropriate multimedia metaphor. The novelty of the courseware are:
  • It presents each concept or fact with multiple styles based on the concept of Multiple Intelligences in Education
  • Based on smart school concept (self directed, pace, access)
  • Incorporate holistic approach of assessment
  • Integrate ICT and conventional learning such as cooperative learning in one solution
  • Solve current problems face by educationist /education stock holders - Student, teachers, government, parents and community.
  • The first in Malaysia and suitable for developing countries

Thursday, March 27, 2008

3 Gold, 1 Silver, 2 Bronze Medals



Hari ini berakhirnya IID 2008. Saya berjaya mendapat 3 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa, manakala Zaidi mendapat 9 pingat kesemuanya termasuk projek IRPA nya dengan Dr. Zaki. Produk yang saya siapkan dalam satu malam (Mr. Manager), berjaya mendapat pingat emas (sungguh tak disangka, hakimnya seorang Dr. dari Malaysia Technology Park). Dua lagi pingat emas adalah untuk CAMS: Computerized Asset Management System dan Determining Critical Success Factors of IT Usage. Manakala untuk pingat perak, adalah produk penyelidikan bersama Pn. Zakiah iaitu Assessing security threat in internal control (ASTIC) for computerized accounting information system. Pingat gangsa pula adalah untuk produk Intelligence Tutor dan Smart Inventory System.


Tahniah juga kepada Prof. Normah, Prof Rashidah, Dr. Roy, Dr. Rozainun & Dr. Suzana kerana turut menerima pingat emas. Juga kepada yang mendapat pingat perak dan gangsa, syabas diucapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, tahun depan cuba lagi.

Friday, March 21, 2008

Berakhirnya satu penantian.....PhD

Hari ini saya menghadiri viva di MMU. Ianya mengambil masa 1 jam 20 minit. Presentation saya mengambil masa lebih kurang 45 minit manakala selebihnya adalah untuk sesi soal jawab. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar (lepas viva terus sakit tekak...). Terdapat 4 orang panel rasmi dan lima orang panel tak rasmi. Banyak juga soalan yang ditanya dan alhamdulillah semuanya dapat dijawab dengan baik. Yang paling mengembirakan, di akhir sesi, tiga orang panel datang ke hadapan dan mengucapkan tahniah dan berkata "Your research is very good". Yang lagi lawak, seorang daripada panel minta saya e-mailkan slides saya pada dia sebab katanya, very informative (nak kena tanya supervisor dulu ni... takut pulak nanti dia ambil dan publish paper tu). Katanya, nak jadikan contoh kepada PhD students yang lain. Hampir 9 bulan menanti untuk viva, at last berakhir juga satu penantian...
Kepada kawan-kawan yang sedang dan akan belajar PhD, saya doakan semoga semuanya berjaya. Untuk renungan, bak kata seorang Prof., PhD bukan sekadar mendapatkan title, sesiapa sahaja boleh mendapatkan title Dr. tetapi, mampukah kita menjadi seorang supervisor yang menghasilkan pelajar-pelajar yang turut cemerlang??? Semuanya bergantung kepada kualiti penyelidikan yang kita hasilkan. Adakah kita setakat menghasilkan thesis yang hanya disimpan di library? Atau hasil kerja kita diterbitkan di refereed journals, high impact factor journals (flagship journals), buku, memenangi anugerah dan lain-lain. Jika tidak, dikhuatiri kita akan menjadi supervisor yang tidak berkualiti dan menimbulkan masalah "incompetence breeds incompetence" (kata-kata yang dipetik daripada Prof. Dr. George K. Chacko).

Friday, March 14, 2008

1 night work...


Minggu ini dan minggu hadapan adalah minggu-minggu yang paling sibuk. Tak lama lagi IID bakal menjelma, so sibuk dengan persiapan. Pukul satu pagi tadi dapat mesej dari Encik Salim dari syarikat penerbitan majalah Usaha Dagang PKNS, minta submit satu artikel berkaitan perakaunan untuk diterbitkan, saya berjanji untuk submit esok pagi. Minggu hadapan, jumaat 21 March adalah hari paling penting, saya akan menghadapi viva PhD, so memang kalut nak touch-up slides yang dah prepare sejak June tahun lepas (akhirnya dapat jugak tarikh viva..... thanks to Prof. AZ, with her effort, masalah kelembapan pengurusan dapat diatasi).

Namun dalam kesibukan, saya berjaya menyiapkan satu sistem pengurusan majlis (event management) yang diberi nama Mr. Manager dalam hanya satu malam. Sememangnya telah menjadi kelaziman, kerja saya akan lebih efisyen jika dibuat dalam keadaan pressure. Mungkin dah jadi tradisi dalam keluarga saya, adik beradik lain juga begitu. Juga ketika belajar, last minute study adalah yang terbaik bagi saya.... mungkin kedengaran agak pelik, namun itulah hakikatnya....

Tuesday, March 4, 2008

Penerbitan terbaru.....





Minggu ini, tiga buah buku saya dan zaidi berada di pasaran. Buku-buku ini diterbitkan oleh UPENA UiTM. Ianya amat sesuai untuk rujukan pelajar PhD yang menjadikan isu-isu teknologi (Intranet, Internet, E-commerce, ERP dll) sebagai tajuk research. Ianya amat berguna untuk tujuan literature review. Insya-allah, beberapa buah lagi masih dalam proses penerbitan dan akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Dongdaemun Market



Dongdaemun adalah satu lagi tempat membeli-belah di Korea Selatan. Jika Namdaemun terkenal sebagai syurga brooch, Dongdaemun pula adalah syurga kain (korean silk) dan aksesori bilik tidur seperti comforter, cadar dll. Kami ke sini pada waktu petang lebih kurang pukul 5. Memandangkan pada musim winter waktu siang adalah terlalu pendek (pukul 4.30 petang dah gelap), pukul lima petang seolah-olah pukul 8 malam. Yang paling susah di Korea adalah masalah komunikasi. Proses tawar menawar hanya boleh dilakukan dengan memetik calculator yang disediakan pekedai. Salah satu sifat orang korea, mereka tidak suka jika kita tidak membeli barang yang telah mereka turunkan harganya.

Monday, March 3, 2008

Namdaemun Market..... Syurga Membeli Belah

Di bahagian bawah Namdaemun Market


Jika anda ke Korea, jangan lupa singgah di Namdaemun market. Terletak di Seoul, Namdaemun market adalah syurga membeli belah. Yang paling best, di sinilah terletaknya pusat jualan korean brooch terbesar di korea. Rambang sungguh mata tatkala melihat kilauan brooch di sana sini. Tambahan pula, harganya cukup murah. Jika di Malaysia dijual dengan harga RM70, harganya di sini hanyalah RM11. Semuanya kelihatan sama di sini. Jalannya yang bercabang-cabang membuatkan kami masih sesat tatkala mencari jalan pulang ke subway. Ketika kali pertama mengunjungi pasar ini pada disember 2006, masa begitu terhad kerana hotel kami agak jauh dan terpaksa naik turun subway dua tiga kali. Tambahan pula ketika itu adalah waktu winter menyebabkan kami mengharungi kesejukan pagi seawal pukul 6 am (pasar ini dibuka pukul 5 pagi) untuk sampai ke sini kerana kami terpaksa kembali ke COEX exhibition hall untuk menjaga booth pameran sebelum pukul 10 pagi.


Namdaemun Square

Kami tetap naik subway walaupun jarak hotel dengan Namdaemun market tak sampai 1 km sebab banyak sangat lorong dan bangunan, lepas tu tak faham bahasa, naik subway (800 won = RM3) adalah cara yang paling selamat

Namun ketika kunjungan kami ke sana pada bulan Jun 2007, saya dan zaidi mempunyai masa yang banyak untuk bershopping kerana hotel hanya terletak 0.5 km daripada pasar Namdaemun. Tambahan pula, kunjungan ke dua ini adalah untuk membentang kertas penyelidikan PhD kami di Korea University yang hanya mengambil masa dua hari. Empat hari selebihnya kami gunakan untuk bersiar-siar. Namun, kunjungan kami kali ke dua adalah ketika musim summer.... suhunya hampir 30 darjah celcius. Yang paling tak tahan ketika berkunjung ke Namdaemun market, daging khinzir di jual merata-rata. Ditambah pula dengan bau khinzir panggang dll., menyebabkan aktiviti shopping kami di situ terpaksa dilakukan dengan cepat (dah tak tahan dengan bau...).

The Four Canals...

Gambar Asal

Gambar setelah diedit menggunakan Adobe Photoshop

Membelek koleksi gambar di US, terjumpa beberapa keping yang diambil ketika sesi VIP tours di Los Angeles. Antaranya adalah the four canals yang berada dikawasan perumahan. Pemandangannya begitu indah dan tenang. Alangkah bestnya kalau dapat buat rumah macam kat sini.

Harapan Seorang Anak... vs. Pengorbanan Seorang Ibu

Membaca entry khairul (tembikai vs. epal), teringat saya keresahan seorang sahabat di Fakulti yang baru pulang dari pengajian PHD di UK. Sudah pasti kepulangan beliau dengan gelaran Dr. seharusnya sesuatu yang mengembirakan. Namun sebaliknya, wajahnya tidak ceria dan kelihatan resah. Beliau meluahkan kepada saya, hatinya runsing memikirkan nasib anaknya yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan tetapi tidak diterima oleh IPTA Malaysia kerana tiada kelayakan SPM. Anaknya mempunyai kelayakan setanding SPM yang diperolehi di UK (dengan keputusan yang cukup cemerlang). Itulah satu-satunya anak yang ada. Begitu berat sekali untuk beliau menolak impian anaknya. Jalan terakhir, Institusi swasta yang menawarkan kursus perubatan. Namun, halangan utama adalah bebanan kewangan yang pastinya mencecah melebihi RM250,000. Pagi tadi beliau berjumpa saya, hatinya telah tekad. Wang boleh dicari, hasrat anak tunggal harus dipenuhi. Anaknya akan mula belajar di institusi swasta pada bulan august nanti. Terharu saya melihat pengorbanan seorang ibu, naik turun pejabat VC, pejabat menteri pengajian tinggi dan lain-lain demi memenuhi hasrat seorang anak.