Wednesday, February 6, 2008

Where 2 go on CNY?

Lusa akan bermula cuti Tahun Baru Cina. 4 hari cuti, sounds boring... so, where to go???? Nak bershopping mesti banyak tempat shopping akan tutup. Hari ni sahaja, beberapa kedai dah pun mula tutup sebab nak bersedia untuk makan besar esok petang agaknya... Emmmm... rasa macam nak ke Cameron je lagi.. entah dah kali ke berapa puluh dah... Ni kalau kak aki dengar kami nak ke Cameron, mesti dia kata.."laaaa....cameron lagi.... tak boring ke???"

Entahlah, both of us memang suka ke Cameron. Memang tengah bercadang nak survey untuk beli rumah kat sana. Mungkin sebagai rumah percutian.... dan boleh buat bisnes kecil-kecilan untuk sewa sekali-sekala. But.. everything dalam perancangan. Bukannya apa, rasanya tak rugi beli rumah kalau dah kerap ke sana. Lagipun, di hari tua nanti (dah pencen), boleh berehat menikmati suasana yang sejuk... dan nature...

6 comments:

Norzaidi Mohd Daud said...

Hai yang...kita kemas rumah lagi best, bersihkan taman. Buat macam kat Cameron...ada boleh ka?

intan said...

tak nak.... nak gi cameron jugak...... he he he.... oklah.. kita sambung cat bilik & wallpaper yang tergendala tu.....

Balkish said...

Intan,

good idea nak beli rumah persinggahan kat Cameron tu..macam Dato' K n CT...bukan apa its really worth dgn org yg kerap ke sana..Still teringat Waktu dulu2 kesana dgn hubby..memang syok..pekena hot tea waktu cuaca tgh sejuk...tapi bila lalu kat selekoh tajam aje I memang gerun dan tangan I akan selalu tekan hon kereta takut bertembung dgn kereta yg nak turun selalunya laju2...

intan salwani said...

Balkish,

Sekarang ni ada highway baru, naik kat simpang pulai, you dah tak perlu tekan hon sebab jalannya besar. Tapi I suka juga naik ikut jalan Tapah, mencabar sikit... lepas tu boleh singgah minum teh kat cameron valley (tempat kegemaran I & ZAidi)

Nanti kalau I dah beli rumah kat Cameron, boleh le you tumpang bercuti. I ada juga survey apartment kat sebelah Equatorial tu. Kat situ at the highest level, waktu malam boleh sampai 9 darjah celcius.

Anonymous said...

both of you like cameron highland. kak salmah pun memang suka kat sana , tapi tak le selalu macam both of you.
my first time was almost 15 yrs ago. baru2 ni during school holiday was my second time , lagi menyeronokkan!!!!!. puas sangat makan buah strawberry

Anonymous said...

Kak Salmah,

Memang kami suka sangat ke sana... Dah cuba survey nak beli rumah penginapan kat sana... tapi mahal-mahal jugak. Rasanya Cameron begitu sesuai untuk merehatkan badan dan minda..