Tuesday, February 12, 2008

Travelodge Hotel, LAX, Los Angeles





Dalam perjalanan pulang dari Pittsburgh ke Malaysia, kami singgah bermalam di Los Angeles selama 2 hari. Hotel pilihan adalah Travelodge LAX kerana berhampiran dengan airport dan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Harga bilik agak murah (online booking), hanya USD60 semalam. Biliknya... boleh tahan jugak, bolehlah setakat nak melepaskan lelah berjalan. Tambahan pula, pihak hotel turut menyediakan free shuttle to and from airport. Bukannya apa, susah jugak nak bawa empat beg.

Menanti Free Shuttle Dalam Kesejukan yang Menggigil

Yang lebih menarik, hotel ini bersebelahan dengan jalan besar dan terdapat perkhidmatan free shuttle untuk jalan-jalan pusing kawasan sekitar seperti ke Manhattan Beach dan banyak lagi. Cumanya, kami semua terlalu letih hinggakan ramai yang terover tidur ketika berada di sini.

No comments: