Monday, February 11, 2008

Radisson Hotel, Pittsburgh


Jika di Geneva, Etap Hotel berstatus ala-ala Golden Lake Hotel kat Segamat, di Pittsburgh, rezeki kami agak murah kerana dapat menginap di Radisson Hotel Pittsburgh dengan harga yang agak murah (rasanya dalam USD100 per night). Biliknya pula memang besar, dilengkapi 2 katil Queen dan tilam automatik yang harganya beribu ringgit (memang berbaloi untuk melelapkan mata setelah berada lebih 24 jam dalam kapal terbang).


Hotel ini pula begitu strategik, bercantum dengan Expomart (tempat exhibition), di hadapannya adalah K-Mart, dan bersebelahannya adalah Monroeville Mall. Sambil berexhibition, sambil bershopping..... Tambahan pula di Pittsburgh, banyak barang yang tak kena cukai (baju, kasut dll), dan kebetulan pula tengah SALE!!! Yang untungnya kali ini, kami ke sana membawa tiga produk, saya dan zaidi masing-masing mendapat duit poket sendiri.....




Cuma yang tak dapat dilupakan ketika menginap di sini, pada suatu petang lebih kurang pukul 6, kami dikejutkan dengan loceng kebakaran dan juga announcement "There is an emergency reported in the building, please leave the building immediately, do not use the elevator". Pada masa tersebut, saya tengah nak masak maggi, and rasa teragak-agak juga.... betul ke ada kebakaran atau lain-lain problem (risau juga sebab masa tu ada banyak kawasan di US di landa ribut). Tetiba je terdengar siren bomba..... terus saya dan zaidi berlari turun (nasib baik tingkat 4 je). Rupa-rupanya dah ramai orang berkumpul kat bawah... all the reps from MOHE dan IPTA lain pun dah ada di situ. Rupa-rupanya, lepas bomba datang, kami diberitahu bahawa hotel disambar kilat dan terkena sistem penggeranya (so takde apa-apalah yang terbakar...). Lucu juga kalau difikirkan....

No comments: