Monday, February 25, 2008

Guten Tag!!

Pada bulan jun 2008, saya dan zaidi akan ke Rothenburg Germany kerana membentang 3 research. Berdasarkan pengalaman lalu di Switzerland yang menggunakan bahasa perancis, adalah begitu sukar untuk berkomunikasi ketika bershopping dan berurusan. Memandangkan germany juga tidak menggunakan bahasa inggeris, saya mengambil langkah mempelajari bahasa german sebagai persediaan. At least, tahulah juga sikit-sikit... Hari ini saya mula belajar beberapa topik perbualan. Agak sukar juga menyebut perkataan dalam bahasa german. Kalau setakat merujuk buku tanpa bantuan audio, sudah pasti sebutannya tak betul. Antara topik pertama saya pada hari ini adalah seperti berikut:

German Conversation
Hallo, Nik! Wie geht’s dir?
Gut, und dir?
Sehr gut
Mir geht’s sehr gut

English Translation
Hello, How are you ?
Good! And you?
Very good.
I’m very good

3 comments:

Norzaidi Mohd Daud said...

InsyaAllah kita akan ke Germany. Kalau ada rezeki pi tempat lain pula.

Balkish said...

Intan,

kalau dlm bahasa German cakap "nak ikut jugak" camana..he.he

intan said...

Balkish,
Hee..he.. cikgu I tak ajar lagi (macam dlm filem P.Ramlee pulak...)