Wednesday, February 6, 2008

Etap Hotel Geneva

Di pintu masuk Etap Hotel
Di tepi hotel
Ketika ke Geneva pada April 2006, pasukan penyelidik UiTM dan IPTA lain dari Malaysia menginap di Etap hotel Geneva. Nak kata besar, tak lah juga mungkin taraf 3 star je. Lagipun, kadar tukaran wang yang tinggi menyebabkan hotel ini menjadi pilihan penyelidik Malaysia. Tambahan pula, ianya berhadapan dengan Balexert Mall, hanya 10 minit ke exhibition hall dan aeroport (airport dlm bahasa french agaknya), dan yang paling penting, ianya berhadapan dengan jalan besar dan amat memudahkan kami menaiki bas ke expo hall dan ke pusat bandar geneva (juga lebih kurang 10km). Namun, ada juga pasukan lain yang agak kaya menginap di hotel yang lebih berprestij (kalau tak silap researchers from SIRIM).Biliknya taklah besar sangat tapi cukup untuk penginapan 3 orang. Cuma yang agak menyusahkan, pintu bilik airnya ala-ala cermin separa lutsinar, huh... ramai yang mengeluh. Ada yang kata... "aku siap gantung kain pelikat kat pintu, takut jadi wayang kulit pulak...". Emm betul jugak tu, mungkin mat saleh tak kisah tapi kita malaysian amat sensitif... Penginapan semalam berharga CHF 120 (kadar tukaran CHF 1 = RM2.85). Kalau tak silap, saya membayar hampir RM3000 (fully sponsored by UiTM) untuk penginapan lebih kurang dekat 10 hari (rasanya macam dapat diskaun je..dah lupa..). Waktu pagi hotel ini banyak dikunjungi penduduk untuk sarapan pagi. Di Switzerland, waktu pagi agak santai. Rata-ratanya, waktu pejabat dan pasaraya akan dibuka pukul 10 pagi dan ditutup pukul 5 petang (utk pejabat) dan pukul 7 malam (utk pasaraya). Waktu malam, tiada kedai yang buka dan ini menjadikan suasananya aman tanpa jenayah, lepak dll. Waktu malam digunakan sebagai waktu santai bersama keluarga di rumah ataupun di sekitar tasik dan taman.

2 comments:

Balkish said...

Alamak..kelakar dengar kisah bilik mandi tu.he.he..takpalah bilik hotel budget pun tapi outcomenya dari Geneva Besar...TAHNIAH..(tiba2teringat kat kisah yg Zaidi pernah cerita kat I pasal sebuah hotel kat Shah Alam dulu alamak scary lah pulak....ingat tak yg you all duduk berdua dulu....

Intan said...

Mesti ingat... 2 minggu yang penuh misteri & scary.. Hotel Quality Bilik 1905....