Saturday, February 23, 2008

Are you from the gulf country???

Minggu lepas ketika sedang mengajar, saya mendapat panggilan dari setiausaha dekan, katanya dekan hendak berjumpa. Ahh... kenapa pulak ni... risau jugak takut-takut ada apa-apa masalah ker.. Saya pun naik ke tingkat 12, laaaa.... rupa-rupanya, dekan minta saya wakili beliau untuk ke Dinner dgn dato' VC sempena meraikan pelajar-pelajar antarabangsa UiTM. Terkejut juga saya ketika hadir ke dinner tersebut.. mak aiii... ramai betul warga arab, iran, korea, jepun, nigeria dll (30 negara semuanya) kat UiTM ni. Bersebelahan dengan saya adalah pensyarah fakulti farmasi iaitu warga Nigeria dan Perancis. Pada mulanya, warga Nigeria tersebut bertanya saya "which country are you from?", saya pun menjawab "Malaysia" dan dia memberitahu saya bahawa dia menyangka saya adalah dari negara-negara Arab. Saya pun menerangkan dengan panjang lebar bahawa datuk saya adalah orang Arab Yaman dan dia pun mengangguk-angguk. Beberapa ketika, datang pula pensyarah dari Perancis dan bertanya saya "Are you from the gulf country?", saya hanya tersengih dan berkata "I'm Malaysian".... dah tak larat pulak nak explain kat dia... Mungkin malam tersebut kerana saya memakai pakaian serba hitam dan kebetulan pula pada malam tersebut warga wanita arab juga memakai pakaian serba hitam, maka jadilah saya warga arab juga... (teringat pula peristiwa kat cameron baru-baru ni, ketika berehat di lobi hotel, pekerja hotel datang bertanya "are you in the group??" dan saya tertanya-tanya.. group apa??? rupa-rupanya ada group pelancong arab yang datang.... dan Zaidi yang tengah dok baca newspaper tersengih jer...).

No comments: