Tuesday, February 26, 2008

MTE Awards Dinner

Sungguh Berselera Nampaknya....

My judge rupanya berada di meja VVIP.....

Dividend Scanner mendapat pingat emas (pertama kali produk sains sosial mendapat gold medal di MTE)


MTE yang lalu, UiTM memperolehi 2 pingat emas, 11 perak dan 19 gangsa. Keputusan diumumkan pada MTE Awards Dinner. Hanya pingat emas yang diberikan ketika dinner tersebut. Walaubagaimanapun, adalah menjadi kebiasaan jika uitm tidak memenangi banyak pingat emas di pertandingan rekacipta di peringkat kebangsaan. Namun hakikat sebenarnya, UiTM menyerlah dalam kutipan pingat emas diperingkat antarabangsa (Geneva, INPEX, SIIF, BIS, IENA dll). Dan kadangkala, penyelidikan yang hanya memenangi pingat gangsa di Malaysia, akan memenangi pingat emas, platinum dan double gold di peringkat antarabangsa. Dimana silapnya??? Mungkin penilaian panel hakim agak berbeza. Jika di Malaysia, panel hakim banyak yang terdiri dari ahli akademik universiti, tetapi panel hakim di peringkat antarabangsa kebanyakkannya adalah dari pihak industri.

Monday, February 25, 2008

Guten Tag!!

Pada bulan jun 2008, saya dan zaidi akan ke Rothenburg Germany kerana membentang 3 research. Berdasarkan pengalaman lalu di Switzerland yang menggunakan bahasa perancis, adalah begitu sukar untuk berkomunikasi ketika bershopping dan berurusan. Memandangkan germany juga tidak menggunakan bahasa inggeris, saya mengambil langkah mempelajari bahasa german sebagai persediaan. At least, tahulah juga sikit-sikit... Hari ini saya mula belajar beberapa topik perbualan. Agak sukar juga menyebut perkataan dalam bahasa german. Kalau setakat merujuk buku tanpa bantuan audio, sudah pasti sebutannya tak betul. Antara topik pertama saya pada hari ini adalah seperti berikut:

German Conversation
Hallo, Nik! Wie geht’s dir?
Gut, und dir?
Sehr gut
Mir geht’s sehr gut

English Translation
Hello, How are you ?
Good! And you?
Very good.
I’m very good

Saturday, February 23, 2008

Are you from the gulf country???

Minggu lepas ketika sedang mengajar, saya mendapat panggilan dari setiausaha dekan, katanya dekan hendak berjumpa. Ahh... kenapa pulak ni... risau jugak takut-takut ada apa-apa masalah ker.. Saya pun naik ke tingkat 12, laaaa.... rupa-rupanya, dekan minta saya wakili beliau untuk ke Dinner dgn dato' VC sempena meraikan pelajar-pelajar antarabangsa UiTM. Terkejut juga saya ketika hadir ke dinner tersebut.. mak aiii... ramai betul warga arab, iran, korea, jepun, nigeria dll (30 negara semuanya) kat UiTM ni. Bersebelahan dengan saya adalah pensyarah fakulti farmasi iaitu warga Nigeria dan Perancis. Pada mulanya, warga Nigeria tersebut bertanya saya "which country are you from?", saya pun menjawab "Malaysia" dan dia memberitahu saya bahawa dia menyangka saya adalah dari negara-negara Arab. Saya pun menerangkan dengan panjang lebar bahawa datuk saya adalah orang Arab Yaman dan dia pun mengangguk-angguk. Beberapa ketika, datang pula pensyarah dari Perancis dan bertanya saya "Are you from the gulf country?", saya hanya tersengih dan berkata "I'm Malaysian".... dah tak larat pulak nak explain kat dia... Mungkin malam tersebut kerana saya memakai pakaian serba hitam dan kebetulan pula pada malam tersebut warga wanita arab juga memakai pakaian serba hitam, maka jadilah saya warga arab juga... (teringat pula peristiwa kat cameron baru-baru ni, ketika berehat di lobi hotel, pekerja hotel datang bertanya "are you in the group??" dan saya tertanya-tanya.. group apa??? rupa-rupanya ada group pelancong arab yang datang.... dan Zaidi yang tengah dok baca newspaper tersengih jer...).

Thursday, February 21, 2008

Malaysia Technology Expo 2008


Want to be in the technology hot spot and witness the latest cutting edge technology? Then come to the Malaysia Technology Expo (MTE) 2008. Yes! this is the place to be, the most comprehensive technology expo connecting you to the latest products, services, the latest information, new discoveries and vast business opportunities in the market and beyond. Check out the exhibition happening from the 21st – 23rd Feb 2008 at the Putra World Trade Centre.

Tuesday, February 12, 2008

Travelodge Hotel, LAX, Los Angeles





Dalam perjalanan pulang dari Pittsburgh ke Malaysia, kami singgah bermalam di Los Angeles selama 2 hari. Hotel pilihan adalah Travelodge LAX kerana berhampiran dengan airport dan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Harga bilik agak murah (online booking), hanya USD60 semalam. Biliknya... boleh tahan jugak, bolehlah setakat nak melepaskan lelah berjalan. Tambahan pula, pihak hotel turut menyediakan free shuttle to and from airport. Bukannya apa, susah jugak nak bawa empat beg.

Menanti Free Shuttle Dalam Kesejukan yang Menggigil

Yang lebih menarik, hotel ini bersebelahan dengan jalan besar dan terdapat perkhidmatan free shuttle untuk jalan-jalan pusing kawasan sekitar seperti ke Manhattan Beach dan banyak lagi. Cumanya, kami semua terlalu letih hinggakan ramai yang terover tidur ketika berada di sini.

Monday, February 11, 2008

Radisson Hotel, Pittsburgh


Jika di Geneva, Etap Hotel berstatus ala-ala Golden Lake Hotel kat Segamat, di Pittsburgh, rezeki kami agak murah kerana dapat menginap di Radisson Hotel Pittsburgh dengan harga yang agak murah (rasanya dalam USD100 per night). Biliknya pula memang besar, dilengkapi 2 katil Queen dan tilam automatik yang harganya beribu ringgit (memang berbaloi untuk melelapkan mata setelah berada lebih 24 jam dalam kapal terbang).


Hotel ini pula begitu strategik, bercantum dengan Expomart (tempat exhibition), di hadapannya adalah K-Mart, dan bersebelahannya adalah Monroeville Mall. Sambil berexhibition, sambil bershopping..... Tambahan pula di Pittsburgh, banyak barang yang tak kena cukai (baju, kasut dll), dan kebetulan pula tengah SALE!!! Yang untungnya kali ini, kami ke sana membawa tiga produk, saya dan zaidi masing-masing mendapat duit poket sendiri.....




Cuma yang tak dapat dilupakan ketika menginap di sini, pada suatu petang lebih kurang pukul 6, kami dikejutkan dengan loceng kebakaran dan juga announcement "There is an emergency reported in the building, please leave the building immediately, do not use the elevator". Pada masa tersebut, saya tengah nak masak maggi, and rasa teragak-agak juga.... betul ke ada kebakaran atau lain-lain problem (risau juga sebab masa tu ada banyak kawasan di US di landa ribut). Tetiba je terdengar siren bomba..... terus saya dan zaidi berlari turun (nasib baik tingkat 4 je). Rupa-rupanya dah ramai orang berkumpul kat bawah... all the reps from MOHE dan IPTA lain pun dah ada di situ. Rupa-rupanya, lepas bomba datang, kami diberitahu bahawa hotel disambar kilat dan terkena sistem penggeranya (so takde apa-apalah yang terbakar...). Lucu juga kalau difikirkan....

Wednesday, February 6, 2008

Etap Hotel Geneva

Di pintu masuk Etap Hotel
Di tepi hotel
Ketika ke Geneva pada April 2006, pasukan penyelidik UiTM dan IPTA lain dari Malaysia menginap di Etap hotel Geneva. Nak kata besar, tak lah juga mungkin taraf 3 star je. Lagipun, kadar tukaran wang yang tinggi menyebabkan hotel ini menjadi pilihan penyelidik Malaysia. Tambahan pula, ianya berhadapan dengan Balexert Mall, hanya 10 minit ke exhibition hall dan aeroport (airport dlm bahasa french agaknya), dan yang paling penting, ianya berhadapan dengan jalan besar dan amat memudahkan kami menaiki bas ke expo hall dan ke pusat bandar geneva (juga lebih kurang 10km). Namun, ada juga pasukan lain yang agak kaya menginap di hotel yang lebih berprestij (kalau tak silap researchers from SIRIM).Biliknya taklah besar sangat tapi cukup untuk penginapan 3 orang. Cuma yang agak menyusahkan, pintu bilik airnya ala-ala cermin separa lutsinar, huh... ramai yang mengeluh. Ada yang kata... "aku siap gantung kain pelikat kat pintu, takut jadi wayang kulit pulak...". Emm betul jugak tu, mungkin mat saleh tak kisah tapi kita malaysian amat sensitif... Penginapan semalam berharga CHF 120 (kadar tukaran CHF 1 = RM2.85). Kalau tak silap, saya membayar hampir RM3000 (fully sponsored by UiTM) untuk penginapan lebih kurang dekat 10 hari (rasanya macam dapat diskaun je..dah lupa..). Waktu pagi hotel ini banyak dikunjungi penduduk untuk sarapan pagi. Di Switzerland, waktu pagi agak santai. Rata-ratanya, waktu pejabat dan pasaraya akan dibuka pukul 10 pagi dan ditutup pukul 5 petang (utk pejabat) dan pukul 7 malam (utk pasaraya). Waktu malam, tiada kedai yang buka dan ini menjadikan suasananya aman tanpa jenayah, lepak dll. Waktu malam digunakan sebagai waktu santai bersama keluarga di rumah ataupun di sekitar tasik dan taman.

Dancing Fountains at Bessemer Court Pittsburgh and Balexert Geneva



Dancing Fountain Pittsburgh

Dancing Fountain di Balexert Geneva


Bessemer Court terletak di Station Square Pittsburgh. Salah satu tarikan pelancong, bessemer court adalah lokasi restoran dan hotel popular seperti hard rock cafe dan sheraton hotel (INPEX dinner juga diadakan di sini). Kami juga berkesempatan menonton Pittsburgh's dancing fountain. Hundreds of multi-colored jets of water soar up to 40 feet into the air set to popular music at the Fountain at Bessemer Court. Ini adalah kali ke dua kami melihat dancing fountain. Kali pertama adalah di Balexert, Geneva.

Teddy & Friends in Seoul




Melihat entry kawan-kawan (Khairul & Balkish) membawa anak-anak ke teddy bears picnic di Wellington, teringat pula saya kepada beberapa keping gambar yang diambil di COEX Mall, Seoul pada Disember 2006. Kebetulan pada masa itu musim krismas, macam-macam pameran ada. Termasuklah pameran teddy & friends oleh Jeju-Teddy Bear Museum, Korea. Museum ini adalah museum teddy bear terbesar di dunia dan di situ juga terdapat teddy bears yang glamour seperti Monalisa-bear, Louis Vuitton bear (world's most expensive bear!), Swarovski bear, Super-bear, Elvis-bear, Snow White and the Seven bears and more! Yang pasti paling gembira...sudah tentulah kanak-kanak.....

Where 2 go on CNY?

Lusa akan bermula cuti Tahun Baru Cina. 4 hari cuti, sounds boring... so, where to go???? Nak bershopping mesti banyak tempat shopping akan tutup. Hari ni sahaja, beberapa kedai dah pun mula tutup sebab nak bersedia untuk makan besar esok petang agaknya... Emmmm... rasa macam nak ke Cameron je lagi.. entah dah kali ke berapa puluh dah... Ni kalau kak aki dengar kami nak ke Cameron, mesti dia kata.."laaaa....cameron lagi.... tak boring ke???"

Entahlah, both of us memang suka ke Cameron. Memang tengah bercadang nak survey untuk beli rumah kat sana. Mungkin sebagai rumah percutian.... dan boleh buat bisnes kecil-kecilan untuk sewa sekali-sekala. But.. everything dalam perancangan. Bukannya apa, rasanya tak rugi beli rumah kalau dah kerap ke sana. Lagipun, di hari tua nanti (dah pencen), boleh berehat menikmati suasana yang sejuk... dan nature...