Monday, January 28, 2008

Tok Wi Janggut Merah

Tok Wi Janggut Merah atau Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir adalah guru agama sultan perak dan pengasas Madrasah al-Idrisiyah pada tahun 1340 H/1922 M dekat Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah, Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi (1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad 1948 - 1975).


Baginda Sultan


Tok Wi Janggut Merah ini adalah datuk saya. Beliau seorang yang begitu tegas (menurut bapa saya) dalam menegakkan syiar Islam. Berketurunan Arab Yaman dari sebuah kawasan yang lahirnya ramai Ulama' di Zabid, asal usul beliau adalah keturunan sahabat rasulullah, Muadz bin Jabal. Banyak keistimewaan yang diberikan Allah kepada beliau, antaranya, beliau pernah ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang ke laut namun semakin hampir ke laut, guni tersebut semakin berat, malah apabila dibuka, apa yang dilihat dalam guni tersebut adalah batu. Askar jepun juga pernah menanti dengan pedang yang berkilauan untuk membunuh beliau setelah selesai kuliah agama, namun beliau mengayuh basikal di hadapan tentera jepun tersebut tetapi mereka tidak dapat melihat beliau. Malah ketika kematian beliau juga, daun pokok pisang yang mana batangnya di gunakan untuk mandi mayat, segar dan tidak layu hampir sebulan. Ketika beliau sakit, tong beras sentiasa penuh, membolehkan hidangan nasi disediakan kepada tetamu. Menurut anak muridnya, ketika sedang memberi kuliah agama, tok wi tiba-tiba berhenti dan berkata, "Isteri saya sudah selamat bersalin" dan apabila ditanya bagaimana beliau tahu, beliau menjawab "burung yang hinggap di jendela masjid memberitahunya".

My dad, masih mewarisi rupa paras Arab Yaman


Menurut bapa saya (yang selalu mengikut beliau ke istana ketika beliau menjadi ulama sultan), selepas habis pengajian agama di istana, beliau akan ke pasar (selalunya sultan yang bayar). Apa yang menarik, ramai peniaga berebut-rebut menjemput beliau untuk memasuki kedai mereka kerana menurut mereka, perniagaan mereka akan laris selepas dikunjungi oleh datuk saya. Kekerasan beliau dalam menegakkan syiar islam juga dapat dilihat apabila dalam satu majlis berbuka puasa di istana, baginda sultan telah menyuruh mereka yang hadir untuk berbuka walaupun pada ketika itu belum masuk waktu berbuka. Dengan nada yang keras, datuk saya berkata, "jika tuanku ingin masuk neraka, masuklah seorang diri, jangan bawa kami bersama". Sebenarnya, baginda sultan hanya ingin menguji ketegasan ulama-ulama pada masa itu. Baginda sultan bertitah, "Mujurlah masih ada ulama yang berani menegakkan kebenaran di negeri perak ini". Banyak lagi cerita menarik berkaitan tok wi janggut merah dan kebanyakkan cerita ada dibukukan dalam thesis pelajar pengajian islam. Sebuah buku berkaitan beliau juga akan diterbitkan tidak lama lagi.

Setiap tahun, pada hari raya puasa, keluarga ayah saya akan mengadakan perjumpaan keluarga (macam kenduri pulak..). Banyak aktiviti yang diadakan untuk kanak-kanak dan golongan dewasa. Tujuannya, untuk mengeratkan silaturrahim dan saling memperingati. Kadangkala saya berfikir akan kehebatan datuk saya dan cuba membandingkan kehidupan beliau dan kehidupan kita pada masa kini. Jika datuk saya pada zaman hidupnya, seringkali tidur beralaskan buah kelapa leper yang agak bujur supaya tiap kali terlelap, pabila buah kelapa tersebut bergolek, beliau akan terjaga untuk meneruskan zikir dan ibadat malamnya, kita pada hari ini membeli bermacam-macam jenis bantal yang empuk-empuk supaya mendapat tidur yang nyenyak... Tak cukup dgn bantal, tambah pulak dengan tilam vono, air-cond, dll. Renungkanlah........ layakkah kita menjejaki syurga Allah??????

2 comments:

jenal said...

ada gmbo tok wi x? nk mskkn dlm blog. sy bkas plajar madrasah idrisiah. email sy kalo ada ye. kodapatapakonak@gmail.com. ni blog sy, kelabexmadid.blogspot.com

misz farah said...

ni anak dia yg keberapa ye? blh tau?