Sunday, January 6, 2008

Naik Bot di Tasik Geneva





Ketika bersiar-siar di tasik Geneva, dalam kesejukan, kami beramai-ramai menaiki bot untuk menikmati keindahan tasik dan bandar Geneva. Tambangnya percuma kerana kami telah membeli tiket public transports untuk seminggu yang bernilai CHF35 (lebih kurang RM100). Tiket ini membolehkan kami menaiki subway, tram, bot dan bas selama seminggu tanpa had. Dalam banyak-banyak negara yang saya dan zaidi lawati, Switzerland adalah negara yang paling aman, tenang, begitu bersih dan segar. Alam semulajadi yang menarik ditambah dengan hamparan salji di atas pergunungan, membuatkan saya dan zaidi akan ke sana lagi pada suatu hari nanti.

No comments: