Tuesday, January 8, 2008

Mahnaz Eskandarian...

Semalam dan hari ini, saya menghadiri kolokium PhD di MMU. Objektif utama, nak berkongsi pengalaman PhD dengan junior-junior dan juga membentang kertas kerja. Giliran saya sepatutnya hari ini pukul 2.00 pm. Namun, pada sesi pagi seorang wanita Iran bertanya dalam pelat Iranian English sama ada saya nak tukar waktu presentation dengan beliau, iaitu giliran ke dua sesi pagi. Automatically, saya jawab "ok no problem". Kalau boleh saya nak present awal-awal, sebab semua orang tengah fresh in the morning. Beliau nampak sungguh gembira. Saya agak hairan kenapa??? Adakah slidesnya belum siap?? Namun ketika tea break, Dr. Martha memberitahu, Mahnaz terlalu gementar. Saya agak hairan kenapa jadi begitu kerana beliau adalah pensyarah di sebuah universiti di Iran. Namun ketika saya bertanya, rupa-rupanya beliau takut kerana tak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan fasih. Bahasa Inggeris beliau amat pekat dengan slang Iran (tapi penulisannya amat bagus). Mungkin tiga tahun berada di Malaysia, beliau akan fasih berbahasa Inggeris.

No comments: