Monday, January 28, 2008

Tok Wi Janggut Merah

Tok Wi Janggut Merah atau Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir adalah guru agama sultan perak dan pengasas Madrasah al-Idrisiyah pada tahun 1340 H/1922 M dekat Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah, Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi (1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad 1948 - 1975).


Baginda Sultan


Tok Wi Janggut Merah ini adalah datuk saya. Beliau seorang yang begitu tegas (menurut bapa saya) dalam menegakkan syiar Islam. Berketurunan Arab Yaman dari sebuah kawasan yang lahirnya ramai Ulama' di Zabid, asal usul beliau adalah keturunan sahabat rasulullah, Muadz bin Jabal. Banyak keistimewaan yang diberikan Allah kepada beliau, antaranya, beliau pernah ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang ke laut namun semakin hampir ke laut, guni tersebut semakin berat, malah apabila dibuka, apa yang dilihat dalam guni tersebut adalah batu. Askar jepun juga pernah menanti dengan pedang yang berkilauan untuk membunuh beliau setelah selesai kuliah agama, namun beliau mengayuh basikal di hadapan tentera jepun tersebut tetapi mereka tidak dapat melihat beliau. Malah ketika kematian beliau juga, daun pokok pisang yang mana batangnya di gunakan untuk mandi mayat, segar dan tidak layu hampir sebulan. Ketika beliau sakit, tong beras sentiasa penuh, membolehkan hidangan nasi disediakan kepada tetamu. Menurut anak muridnya, ketika sedang memberi kuliah agama, tok wi tiba-tiba berhenti dan berkata, "Isteri saya sudah selamat bersalin" dan apabila ditanya bagaimana beliau tahu, beliau menjawab "burung yang hinggap di jendela masjid memberitahunya".

My dad, masih mewarisi rupa paras Arab Yaman


Menurut bapa saya (yang selalu mengikut beliau ke istana ketika beliau menjadi ulama sultan), selepas habis pengajian agama di istana, beliau akan ke pasar (selalunya sultan yang bayar). Apa yang menarik, ramai peniaga berebut-rebut menjemput beliau untuk memasuki kedai mereka kerana menurut mereka, perniagaan mereka akan laris selepas dikunjungi oleh datuk saya. Kekerasan beliau dalam menegakkan syiar islam juga dapat dilihat apabila dalam satu majlis berbuka puasa di istana, baginda sultan telah menyuruh mereka yang hadir untuk berbuka walaupun pada ketika itu belum masuk waktu berbuka. Dengan nada yang keras, datuk saya berkata, "jika tuanku ingin masuk neraka, masuklah seorang diri, jangan bawa kami bersama". Sebenarnya, baginda sultan hanya ingin menguji ketegasan ulama-ulama pada masa itu. Baginda sultan bertitah, "Mujurlah masih ada ulama yang berani menegakkan kebenaran di negeri perak ini". Banyak lagi cerita menarik berkaitan tok wi janggut merah dan kebanyakkan cerita ada dibukukan dalam thesis pelajar pengajian islam. Sebuah buku berkaitan beliau juga akan diterbitkan tidak lama lagi.

Setiap tahun, pada hari raya puasa, keluarga ayah saya akan mengadakan perjumpaan keluarga (macam kenduri pulak..). Banyak aktiviti yang diadakan untuk kanak-kanak dan golongan dewasa. Tujuannya, untuk mengeratkan silaturrahim dan saling memperingati. Kadangkala saya berfikir akan kehebatan datuk saya dan cuba membandingkan kehidupan beliau dan kehidupan kita pada masa kini. Jika datuk saya pada zaman hidupnya, seringkali tidur beralaskan buah kelapa leper yang agak bujur supaya tiap kali terlelap, pabila buah kelapa tersebut bergolek, beliau akan terjaga untuk meneruskan zikir dan ibadat malamnya, kita pada hari ini membeli bermacam-macam jenis bantal yang empuk-empuk supaya mendapat tidur yang nyenyak... Tak cukup dgn bantal, tambah pulak dengan tilam vono, air-cond, dll. Renungkanlah........ layakkah kita menjejaki syurga Allah??????

Thursday, January 24, 2008

40 darjah Celcius......



Sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia amat panas. Dua tiga hari lepas suhu di shah alam mencecah 40 darjah celcius, hinggakan potpouri yang digantung dalam kereta habis luruh bunganya kerana gam telah mencair. Malah yang lebih teruk, plat nombor kereta juga jatuh kerana gam double sided juga mencair. Dan seminggu kebelakangan ini juga, ramai students dan pensyarah yang demam, batuk, selsema malah ketika saya ke klinik Dr. Noraini si seksyen 8, Dr. juga kelihatan tidak sihat.

Agak lama juga tidak hujan lebat. Ini baru dugaan di dunia...entah macam mana agaknya kita di padang mahsyar kelak?? Dalam cuaca kepanasan, terjumpa pula gambar salji di korea, dan gambar adik di UK... teringat suatu ketika, di seoul pada disember 2006, ketika suhu mencecah -4 darjah celcius, kami begitu sejuk hingga menggigil tapi rakyat korea masih lagi dengan skirt pendek mereka. Apabila ditanya, bagi mereka -20 barulah dikatakan sejuk.... Ketika kapal terbang mendarat di KLIA, pilot mengumumkan suhu 35 darjah celcius, teringat saya kepada rombongan remaja korea yang menaiki kapal terbang yang sama, merungut kepanasan. Istimewa sungguh alam ciptaan Allah, penuh dengan keajaiban yang tidak dapat ditandingi manusia....

Tuesday, January 22, 2008

My Research Products for IID 2008

IID 2008 saya dan zaidi akan mempertandingkan 6 produk penyelidikan. Antaranya:
1. PASCI: Production Accounting System for Cottage Industry
2. Inventory Management System for SMEs
3. Asset Management System for Small Businesses
4. Mr. Manager (an event management software)
5. Intelligence Tutor (educational courseware)
6. Extended Techproved Model
Few days ago satu lagi projek penyelidikan telah dirancang untuk permohonan geran FRGS iaitu sistem perakaunan untuk koperasi di Malaysia. Saya akan mengetuai projek tersebut dan ahli-ahlinya terdiri daripada Zaidi, Prof. Normah dan Prof. Rashidah. Projek ini adalah sebagai persediaan untuk IID 2009, insya-allah.

Friday, January 18, 2008

Deoksugung Palace, Seoul

Deoksugung was originally the residence of Prince Wolsan, the older brother of King Seongjong. This residence became a royal 'palace' during the Seven-Year War after all of the other palaces were burned in 1592 during the Japanese invasions of the Seven-Year War. King Seonjo was the first Joseon king to reside at the palace. King Gwanghaegun was crowned in this palace in 1608, and renamed it Gyeongun-gung in 1611. After the official palace was moved to the rebuilt Changdeokgung in 1618, it was used as an auxiliary palace for 270 years and was renamed Seogung (West Palace).
In 1897, after the incident when Emperor Gojong took refuge in the Russian Embassy, he returned to this place and named it Gyeongun-gung again. Expansion of the facility followed after his return. After Emperor Gojong abdicated the throne to Emperor Sunjong, he continued to live in this palace. The palace was then renamed Deoksugung, as a reference to a wish for longevity of Emperor Gojong.

Thursday, January 17, 2008

How to Stay Motivated when doing PhD??

At times, it can be very hard to maintain a positive attitude and stay motivated when doing PhD research.
􀁹 Many researchers (students) suffer from insecurity, anxiety, and even boredom.
􀁹 Realize that these are normal feelings.
􀁹 Try to find a sympathetic ear -- another graduate student, your advisor, or a friend outside of faculty/university.
􀁹 Try to identify why you're having trouble and identify concrete steps that you can take to improve the situation.
􀂃 Stay focused and motivated -- it often helps to have organized activities to force you to manage your time and to do something every day.
􀂃 Balance your work and life (bercuti-cuti lah selalu to get fresh ideas....)

Tips on Writing Research Plan

Write Your Research Plan:
1. Title/Topic of Your Research
2. List 3-5 specific major aims or objectives of your research work.
3. How my study will make substantial and original contribution to knowledge (i.e. what is new?) and qualify for award of the research degree?
4. What efforts have you made to gain good understanding of the work in the related areas and to find out that similar work has not already been carried out or reported?
5. Briefly outline the following:
a) Research questions/problems you are addressing
b) How you plan to investigate and the method(s)/approach you propose to follow. You must also justify your choice of the method(s).
6. Identify major phases of your project.
7. Identify any special facilities, resources or skills you will need to conduct your research.
8. Schedule of activities (e.g: Jan – June 2008 to July – Dec 2010)

Wednesday, January 16, 2008

Research Plan

A research plan should answer the following:
1. What is the research question?
2. What would be research outcomes? How the proposed work will make original contribution?
3. What are the hypothesis?
4. How you are going to test the hypothesis?
5. What data is needed? How will it be collected?
6. How the data will be analysed?
7. What methodology you will follow, and why?
8. What the major milestones and timeline for completion?

Monday, January 14, 2008

Tips on Literature Review

When reviewing the Literature:
1. Find out what has been done or available,and what you can do new.
2. Identify recent publications in related areas.
3. Review them, don’t simply read them.
4. Actively attempt to identify the contributions,major benefits and shortcomings.You’re not sitting for an exam - you’re not expected to simply describe what is in the paper.
5. Read publications to answer questions such as:
a. What are the main results?
b. How precise or valid are the results/claims?
c. Are there supporting evidence? How those evidences were gathered?
d. Did the researcher used a methodology that is appropriate to the problem? How well the method used (for collecting and analysing data) are discussed?
e. How the outcomes of this work could be used?
f. What are the shortcomings?

Sunday, January 13, 2008

5 Ws & H in writing research proposal

A research proposal is a persuasive document that:
1. establishes that there is a research problem (“what”)
2. establishes that addressing this problem will contribute to knowledge (“why”)
3. establishes significance of the proposed work (“why”)
4. outlines a plan for answering that question - using available resources (“how”)
5. is a plan that you will implement using the skills you have and/or will acquire (“how”)
6. outlines expectations, commitments and obligations that the student and the University have to each other (“how”)

Friday, January 11, 2008

George Washington & Franco Harris





Setelah bergambar dengan TRex di Pittsburgh International Airport, kami menaiki escalator ke tingkat atas dan terjumpa pula Statue of George Washington, the first US president dan Franco Harris (American Football player). Apalagi... beramai-ramai lah pula bergambar dengan patung tersebut. Tambahan pula masih ada banyak masa untuk bershopping kerana flight lambat lagi. Di airport inilah Zaidi mendapat beg baru kerana beg nya terkoyak semasa tiba di LA (free jer... tapi bila sampai malaysia, yang free tu pun koyak juga...).

Wednesday, January 9, 2008

Tyrannosaurus Rex - TRex





Dalam perjalanan pulang dari Pittsburgh ke Los Angeles, kami sempat bergambar dengan TRex yang diletakkan di Pittsburgh International Airport. Wow!!! Terasa macam dalam cerita Jurassic Park pulak...

Tuesday, January 8, 2008

Mahnaz Eskandarian...

Semalam dan hari ini, saya menghadiri kolokium PhD di MMU. Objektif utama, nak berkongsi pengalaman PhD dengan junior-junior dan juga membentang kertas kerja. Giliran saya sepatutnya hari ini pukul 2.00 pm. Namun, pada sesi pagi seorang wanita Iran bertanya dalam pelat Iranian English sama ada saya nak tukar waktu presentation dengan beliau, iaitu giliran ke dua sesi pagi. Automatically, saya jawab "ok no problem". Kalau boleh saya nak present awal-awal, sebab semua orang tengah fresh in the morning. Beliau nampak sungguh gembira. Saya agak hairan kenapa??? Adakah slidesnya belum siap?? Namun ketika tea break, Dr. Martha memberitahu, Mahnaz terlalu gementar. Saya agak hairan kenapa jadi begitu kerana beliau adalah pensyarah di sebuah universiti di Iran. Namun ketika saya bertanya, rupa-rupanya beliau takut kerana tak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan fasih. Bahasa Inggeris beliau amat pekat dengan slang Iran (tapi penulisannya amat bagus). Mungkin tiga tahun berada di Malaysia, beliau akan fasih berbahasa Inggeris.

Sunday, January 6, 2008

International Airports

Pittsburgh International Airport, USA


Incheon International Airport, South Korea


Aéroport International de Genève, Switzerland

Amsterdam International Airport Schiphol, Holland

Tom Bradley International Airport, Los Angeles, USA

CKS International Airport, Taipei

Antara airports yang pernah saya kunjungi, Amsterdam adalah yang paling besar, korea adalah yang paling efficient dan Los Angeles adalah yang paling buruk (KLIA jauh lebih cantik...........)

Naik Bot di Tasik Geneva





Ketika bersiar-siar di tasik Geneva, dalam kesejukan, kami beramai-ramai menaiki bot untuk menikmati keindahan tasik dan bandar Geneva. Tambangnya percuma kerana kami telah membeli tiket public transports untuk seminggu yang bernilai CHF35 (lebih kurang RM100). Tiket ini membolehkan kami menaiki subway, tram, bot dan bas selama seminggu tanpa had. Dalam banyak-banyak negara yang saya dan zaidi lawati, Switzerland adalah negara yang paling aman, tenang, begitu bersih dan segar. Alam semulajadi yang menarik ditambah dengan hamparan salji di atas pergunungan, membuatkan saya dan zaidi akan ke sana lagi pada suatu hari nanti.

Friday, January 4, 2008

My Naza Bestari a.k.a Peugeot 206

I bought this car to replace my old Satria. Last year, I gave my satria to my adik. As I am too busy with my classes and Zaidi is extremely busy with his classes, IRDC and his new Head of invention post at his Faculty, its time for a new car!!!!