Wednesday, December 19, 2007

International Awards Dinner, ITEX 2007

UiTM won Geneva Awards at ITEX 2007

VVIPs...


Pasukan UiTM
ITEX 2007, saya dan Zaidi tidak bertanding tetapi kami telah dijemput oleh penganjur, Malaysia Invention and Design Society (MINDS), untuk menjadi hakim. Pada malam International Awards Dinner ITEX 2007, kami turut mendapat jemputan khas VIP. Meja untuk panel hakim diletakkan dihadapan sekali berdekatan dengan meja khas untuk VVIP. Semeja dengan saya adalah beberapa Profesor dari UM, UPM dan juga pakar-pakar dari industri seperti SIRIM. Uitm berjaya dengan begitu cemerlang sehinggakan mendapat anugerah khas Geneva mengalahkan IPT-IPT lain. Turut hadir dalam majlis adalah timbalan menteri dan Presiden IFIA. Peserta-peserta dari Russia tampak begitu gembira kerana pihak hotel Mandarin Oriental KLCC turut mempersembahkan pertunjukan pentas sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

No comments: