Tuesday, December 11, 2007

Pre-PhD Work Completion.... 2 jam yang memenatkan

Memandangkan thesis saya telah siap, PhD work completion seminar saya akan diadakan tidak lama lagi, supervisor meminta supaya saya mengadakan pre-presentation di hadapan beliau dan co-supervisor. Alasannya, nak prepare untuk potential questions yang mungkin akan ditanya oleh panel. Sesi tersebut pun bermula hari ini pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Sungguh meletihkan.... slides dikaji satu per satu. Benar seperti kata En. Zulkifli pensyarah MMU, supervisor saya ni terlalu teliti. Sampaikan english yang telah diedit pun masih dieditkan olehnya lagi. Pening...pening.... beliau begitu mementingkan struktur ayat supaya (katanya) untuk mudah difahami oleh panel. Emmmm....yang lagi memeningkan, sesi hari ini hanya setakat methodology. Data analisis akan disambung pada hari jumaat pukul 3.00 petang. Teringat saya ketika pengajian master dulu, perkara sama turut dilakukan oleh supervisor saya Dr. Ismail Ramli (hasilnya, saya viva tanpa sebarang soalan).

No comments: