Tuesday, December 11, 2007

My Dad and his Camera....

Abah dan kamera memang tidak dapat dipisahkan. Yashica, Olympus dan Pentax adalah antara koleksi kamera abah yang mahal (ada yang mencecah angka ribu rasanya). Lantaran mengambil gambar adalah hobi abah, setiap kali cuti sekolah, abah akan membawa kami pusing Malaysia (ala cuti-cuti Malaysia lah). Yang paling kerap dikunjungi adalah Kuala Lumpur kerana majoriti adik beradik abah ada di sana. Teringat saya pada satu peristiwa ketika perjalanan pulang dari KL ke Taiping, abah singgah di sebuah masjid di Tanjong Malim. Memandangkan pada ketika itu abah banyak mengambil gambar saya, kakak dan abang-abang saya agak cemburu. Mereka memboikot saya. Akibatnya, dalam gambar, saya kelihatan disisihkan oleh mereka... oh sedihnya.......

1 comment:

zaidi said...

CCH tu macam arab!Weh isteriku.