Saturday, December 29, 2007

Farmers Market Los Angeles


Antara destinasi pelancongan dalam pakej VIP tours di Los Angeles adalah singgah makan di Farmers Market. Memang banyak makanan di situ namun saya dan zaidi hanya lalu sebentar sahaja di tempat menjual makanan kerana tidak tahan dengan bau yang meloyakan. Daging khinzir panggang ada di sana sini. Kami ke pasaraya berhampiran dan hanya berehat sambil menghirup kopi yang di beli di starbucks sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa. Biskut Jacobs dan coklat kit kat adalah bekalan yang wajib ada dalam handbag saya ketika berada di luar negara.

No comments: