Tuesday, December 11, 2007

Darjah 4, SRK Convent Kota

1st row from left: Syireen, Aina, Angelina, Intan (baru lepas kerinting rambut), Hakiranjit Kaur, (lupa pulak nama budak ni), Puan Ramlah, Aida, Rozinawati, Lee Lay Hwa (anak tokey kedai National), (lupa nama), Norhayati dan Shafinaz.
2nd row from left: Wan Fariza, Siti Elina, (lupa nama), Azean, Tai Poh Gaik, Tong Hyu Yu, Ong Leng Hong, Shamala Devi, Lavanya, Adrian, Rosnita, Anjalai, Sharon
3rd row from left: Amy, Lee, Zarina, Elinda, Wan, Fariza, Karen Da Costa, Kavitha (budak ni selalu kena buli dengan saya..)

Selak-selak album lama, terpandang pada sekeping gambar dahulu kala, darjah 4 di SRK Convent Kota. Di Convent, setiap hujung tahun akan ada jurugambar profesional yang datang mengambil gambar kelas. Satu perkara yang wajib ada pada pelajar di SRK Convent adalah disiplin dan budi pekerti yang tinggi. Mungkin kerana semua pelajar adalah perempuan, begitu mudah untuk guru-guru mendidik kami supaya menjaga tatatertib seorang perempuan. Jelas kelihatan dalam gambar, kedudukan kaki dan tangan yang tertib ketika sesi bergambar. Kami juga diajar untuk menyambut tetamu sekiranya ternampak ibubapa yang datang ke sekolah. Perkara utama yang perlu kami lakukan ialah dengan bertanya "Uncle/Auntie, how can I help you?" Kalau tak tahu bagaimana nak membantu, perkara yang perlu dilakukan adalah membawa pelawat ke pejabat sekolah.
Riddles, Poems dan Nursery Rhymes adalah perkara rutin yang diajar. Antara riddles yang pernah saya baca ketika kelas adalah "Why did the moron put some sugar under his pillow? Answer: Because he wants to have a sweet dream". Antara poems yang kerap dibaca dikelas adalah "the owl and the pussy cat" & "My Mother". Bagi saya, alam persekolahan di Convent adalah sesuatu yang amat manis. Hingga sekarang saya masih meminati riddles, poems & nursery rhymes. Mungkin inilah alasanya kenapa saya menjadi Mak Jang kesayangan anak-anak saudara saya.

No comments: