Saturday, December 8, 2007

Akhirnya......

Aktiviti hari ini bermula seawal 8 pagi. Sarapan di kafe menara dan tepat jam 9, saya dan zaidi bergegas ke Monash University untuk berjumpa ex-supervisor bagi mengisi SKT tahun 2007. Wah... best nya bekerja di Monash University... workload 6 jam jer seminggu. Selebihnya, hanya buat research. Budget untuk present paper memang banyak. Untuk dlm negara sahaja diperuntukkan RM 4,000. Belum lagi termasuk budget luar negara. Dalam pukul 10 pagi, bertolak pula ke MMU untuk menghadiri sesi viva rakan se-supervisor. Topiknya agak menarik, pasal security. Habis sesi viva, saya berjumpa supervisor untuk discussion pasal viva. Dr. Martha inform bahawa MMU lantik seorang co-supervisor, Dr. Rama. Ishh... apahal pulak lantik co pada saat dah nak viva... Tapi biasalah.... kat MMU, better ada co sebab turnover staff yang begitu tinggi akan menyebabkan kita mendapat supervisor yang silih berganti. Dr. Martha cadangkan saya buat pre-viva bersama supervisor dan co supervisor pada hari Isnin jam 3 petang. Lepas pre viva, minggu ini juga beliau akan tetapkan tarikh viva saya. Katanya mungkin minggu depan (dia dah janji nak buat bulan Disember). Lega rasanya hati, dah hampir 6 bulan menanti, slides yang dah diprepare sejak june lalu akhirnya menemui titik nokhtah.

No comments: