Saturday, December 29, 2007

Farmers Market Los Angeles


Antara destinasi pelancongan dalam pakej VIP tours di Los Angeles adalah singgah makan di Farmers Market. Memang banyak makanan di situ namun saya dan zaidi hanya lalu sebentar sahaja di tempat menjual makanan kerana tidak tahan dengan bau yang meloyakan. Daging khinzir panggang ada di sana sini. Kami ke pasaraya berhampiran dan hanya berehat sambil menghirup kopi yang di beli di starbucks sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa. Biskut Jacobs dan coklat kit kat adalah bekalan yang wajib ada dalam handbag saya ketika berada di luar negara.

Monday, December 24, 2007

Bengkel Penyelidikan di UiTM Johor



5 Disember yang lalu, saya dan Zaidi dijemput oleh UiTM johor untuk memberi sedikit panduan kepada para pensyarah berkaitan dengan penyelidikan dan "invention competition". Zaidi di LT1 manakala saya di LT 2. Bermula pukul 8.30 pagi, bengkel ini mendapat sambutan hangat daripada warga johor. Kami turut membuat pameran pingat-pingat yang telah di menangi beserta dengan penerbitan jurnal-jurnal berwasit, buku-buku dan lain-lain. Turut dipamerkan adalah poster berbahasa perancis (ketika pertandingan di Geneva), bahasa korea (di SIIF Seoul) dan juga poster ketika pertandingan di INPEX USA. Berakhir sekitar 5.30 petang, bengkel ini nampaknya sungguh berjaya kerana ramai para pensyarah yang dah mula berfikir nak mencuba nasib dalam pertandingan penyelidikan.

Wednesday, December 19, 2007

International Awards Dinner, ITEX 2007

UiTM won Geneva Awards at ITEX 2007

VVIPs...


Pasukan UiTM
ITEX 2007, saya dan Zaidi tidak bertanding tetapi kami telah dijemput oleh penganjur, Malaysia Invention and Design Society (MINDS), untuk menjadi hakim. Pada malam International Awards Dinner ITEX 2007, kami turut mendapat jemputan khas VIP. Meja untuk panel hakim diletakkan dihadapan sekali berdekatan dengan meja khas untuk VVIP. Semeja dengan saya adalah beberapa Profesor dari UM, UPM dan juga pakar-pakar dari industri seperti SIRIM. Uitm berjaya dengan begitu cemerlang sehinggakan mendapat anugerah khas Geneva mengalahkan IPT-IPT lain. Turut hadir dalam majlis adalah timbalan menteri dan Presiden IFIA. Peserta-peserta dari Russia tampak begitu gembira kerana pihak hotel Mandarin Oriental KLCC turut mempersembahkan pertunjukan pentas sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Tuesday, December 18, 2007

International Awards Dinner - Pittsburgh 2007

Awards dinner di Pittsburgh USA 2007

Hah.... dah boleh tidur lena dalam flight balik ke Malaysia nanti..


Setiap kali mewakili Malaysia dalam pertandingan penyelidikan di luar negara, perkara yang paling menakutkan adalah Awards dinner. Tambahan pula, kita memang hadir ke Awards dinner kerana nak tahu keputusan pertandingan. Nak makan pun setakat minum kopi secawan jer... yang lainnya, belum tentu halal. Selalunya keputusan diumumkan diakhir jamuan makan. Bagi yang menang, Awards dinner tersebut akan menjadi kenangan manis dalam hidup tapi kalau tak menang, what a disaster!!!!!!!!!

KIPA Reception Dinner 2007 - South Korea

KIPA Reception Dinner for Foreign Participants


Setakat Makan Buah dan Minum Air Oren jer.. yang lain tu tak halal

Tae Kwan Do

Persembahan Muzik Tradisional Sempena Awards Ceremony

Pertandingan penyelidikan di South Korea agak berlainan jika dibandingkan dengan di negara Barat. Penganjur di Korea agak kedekut kerana hanya menyediakan Dinner untuk Foreign Participants only. Malah, sesi dinner diadakan sejam awal barulah diikuti dengan Awards ceremony. Majlis pembukaan Awards ceremony agak menarik kerana kami dihidangkan dengan aksi hebat peserta Tae Kwan Do Korea dan juga pasukan Muzik Tradisional Universiti. Malaysia menempa sejarah dengan memenangi Main Award di SIIF 2007.

Monday, December 17, 2007

Pre-viva Session - Part 2

Hari ni sekali lagi saya mengharungi sesi pre-viva (sambungan daripada minggu lepas). Topik sambungan adalah data analysis. Boleh dikatakan agak cepat iaitu hanya 45 minit. Alhamdulillah, tak banyak comments from both supervisor & Co-supervisor. Insya-allah, dengan berakhirnya sesi pre-viva ini, both of them dah agree utk set date for viva session. Susahnya bila belajar dalam negara. Proses pentadbiran yang slow, membuatkan thesis kita mungkin di gigit lipas sebelum sampai ke tangan external examiners kat luar negara. Apa nak buat..... dah nasib zaman tahun 2004 tak de scholarship ke overseas. Apapun, saya tidak pernah terkilan kerana saya percaya, Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walau belajar dalam negara, saya masih diberi peluang ke luar negara sebanyak 4 kali, dan yang lebih manis, dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan merangkul 14 pingat dalam tempoh setahun setengah.

Tuesday, December 11, 2007

My Dad and his Camera....

Abah dan kamera memang tidak dapat dipisahkan. Yashica, Olympus dan Pentax adalah antara koleksi kamera abah yang mahal (ada yang mencecah angka ribu rasanya). Lantaran mengambil gambar adalah hobi abah, setiap kali cuti sekolah, abah akan membawa kami pusing Malaysia (ala cuti-cuti Malaysia lah). Yang paling kerap dikunjungi adalah Kuala Lumpur kerana majoriti adik beradik abah ada di sana. Teringat saya pada satu peristiwa ketika perjalanan pulang dari KL ke Taiping, abah singgah di sebuah masjid di Tanjong Malim. Memandangkan pada ketika itu abah banyak mengambil gambar saya, kakak dan abang-abang saya agak cemburu. Mereka memboikot saya. Akibatnya, dalam gambar, saya kelihatan disisihkan oleh mereka... oh sedihnya.......

Darjah 4, SRK Convent Kota

1st row from left: Syireen, Aina, Angelina, Intan (baru lepas kerinting rambut), Hakiranjit Kaur, (lupa pulak nama budak ni), Puan Ramlah, Aida, Rozinawati, Lee Lay Hwa (anak tokey kedai National), (lupa nama), Norhayati dan Shafinaz.
2nd row from left: Wan Fariza, Siti Elina, (lupa nama), Azean, Tai Poh Gaik, Tong Hyu Yu, Ong Leng Hong, Shamala Devi, Lavanya, Adrian, Rosnita, Anjalai, Sharon
3rd row from left: Amy, Lee, Zarina, Elinda, Wan, Fariza, Karen Da Costa, Kavitha (budak ni selalu kena buli dengan saya..)

Selak-selak album lama, terpandang pada sekeping gambar dahulu kala, darjah 4 di SRK Convent Kota. Di Convent, setiap hujung tahun akan ada jurugambar profesional yang datang mengambil gambar kelas. Satu perkara yang wajib ada pada pelajar di SRK Convent adalah disiplin dan budi pekerti yang tinggi. Mungkin kerana semua pelajar adalah perempuan, begitu mudah untuk guru-guru mendidik kami supaya menjaga tatatertib seorang perempuan. Jelas kelihatan dalam gambar, kedudukan kaki dan tangan yang tertib ketika sesi bergambar. Kami juga diajar untuk menyambut tetamu sekiranya ternampak ibubapa yang datang ke sekolah. Perkara utama yang perlu kami lakukan ialah dengan bertanya "Uncle/Auntie, how can I help you?" Kalau tak tahu bagaimana nak membantu, perkara yang perlu dilakukan adalah membawa pelawat ke pejabat sekolah.
Riddles, Poems dan Nursery Rhymes adalah perkara rutin yang diajar. Antara riddles yang pernah saya baca ketika kelas adalah "Why did the moron put some sugar under his pillow? Answer: Because he wants to have a sweet dream". Antara poems yang kerap dibaca dikelas adalah "the owl and the pussy cat" & "My Mother". Bagi saya, alam persekolahan di Convent adalah sesuatu yang amat manis. Hingga sekarang saya masih meminati riddles, poems & nursery rhymes. Mungkin inilah alasanya kenapa saya menjadi Mak Jang kesayangan anak-anak saudara saya.

Pre-PhD Work Completion.... 2 jam yang memenatkan

Memandangkan thesis saya telah siap, PhD work completion seminar saya akan diadakan tidak lama lagi, supervisor meminta supaya saya mengadakan pre-presentation di hadapan beliau dan co-supervisor. Alasannya, nak prepare untuk potential questions yang mungkin akan ditanya oleh panel. Sesi tersebut pun bermula hari ini pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Sungguh meletihkan.... slides dikaji satu per satu. Benar seperti kata En. Zulkifli pensyarah MMU, supervisor saya ni terlalu teliti. Sampaikan english yang telah diedit pun masih dieditkan olehnya lagi. Pening...pening.... beliau begitu mementingkan struktur ayat supaya (katanya) untuk mudah difahami oleh panel. Emmmm....yang lagi memeningkan, sesi hari ini hanya setakat methodology. Data analisis akan disambung pada hari jumaat pukul 3.00 petang. Teringat saya ketika pengajian master dulu, perkara sama turut dilakukan oleh supervisor saya Dr. Ismail Ramli (hasilnya, saya viva tanpa sebarang soalan).

Saturday, December 8, 2007

Akhirnya......

Aktiviti hari ini bermula seawal 8 pagi. Sarapan di kafe menara dan tepat jam 9, saya dan zaidi bergegas ke Monash University untuk berjumpa ex-supervisor bagi mengisi SKT tahun 2007. Wah... best nya bekerja di Monash University... workload 6 jam jer seminggu. Selebihnya, hanya buat research. Budget untuk present paper memang banyak. Untuk dlm negara sahaja diperuntukkan RM 4,000. Belum lagi termasuk budget luar negara. Dalam pukul 10 pagi, bertolak pula ke MMU untuk menghadiri sesi viva rakan se-supervisor. Topiknya agak menarik, pasal security. Habis sesi viva, saya berjumpa supervisor untuk discussion pasal viva. Dr. Martha inform bahawa MMU lantik seorang co-supervisor, Dr. Rama. Ishh... apahal pulak lantik co pada saat dah nak viva... Tapi biasalah.... kat MMU, better ada co sebab turnover staff yang begitu tinggi akan menyebabkan kita mendapat supervisor yang silih berganti. Dr. Martha cadangkan saya buat pre-viva bersama supervisor dan co supervisor pada hari Isnin jam 3 petang. Lepas pre viva, minggu ini juga beliau akan tetapkan tarikh viva saya. Katanya mungkin minggu depan (dia dah janji nak buat bulan Disember). Lega rasanya hati, dah hampir 6 bulan menanti, slides yang dah diprepare sejak june lalu akhirnya menemui titik nokhtah.

Tuesday, December 4, 2007

Back to Shah Alam

Yesterday morning saya kembali ke kampus Shah Alam. Di shah alam, komputer & Internet begitu laju... tak lah tension nak tunggu lama.. Bilik di tingkat 10, sebilik dengan kak Salmah. Memandangkan bilik agak sempit dan designnya yang panjang membuatkan saya pening memikirkan macam mana nak susun meja supaya tak serabut.