Sunday, November 25, 2007

Zaidi's Garden

Zaidi's Garden


Zaidi minat menanam bunga dan sayur. Tapi minatnya berubah-ubah. Hari ini, pokok bunga ada di tepi pintu, esok lusa ada di tepi tiang. Minggu berikutnya, tak mustahil pokok bunga tersebut berada di hadapan pagar rumah.... Ketika berkebun inilah kadang-kala idea untuk research PhD datang mencurah-curah. Teringat saya ketika mula-mula belajar PhD, pada masa tersebut kami berdua sedang sibuk membuat kajian literature, zaidi banyak mendapat idea ketika membasuh kereta. Adakala, saya ternampak dia bermonolog sendirian sambil tangannya menggosok-gosok kereta. Berpeluang belajar berdua juga banyak meninggalkan kenangan. Saya paling banyak masuk hospital iaitu 9 kali ketika sedang belajar. Bukannya apa.. selalu demamlah... kidney stone lah... dan ketika itu zaidi akan mengangkut komputer dan fail-fail nya ke hospital dan turut sama menyewa katil tambahan untuk menemani saya. Sesuatu yang tak dapat saya lupakan, ketika mengandungkan anak kembar kami, saya mengalami alahan yang amat teruk dan selalu ter miss kelas statistik (selalunya saya pergi ke MMU tapi tidur dalam kereta). Pada saat hampir peperiksaan final, banyak yang perlu di study lantaran nak cover balik apa-apa yang dah tertinggal. Saya pun berjaga malam untuk mengulangkaji. Yang melucukan, zaidi tak boleh lelapkan mata kerana hatinya risau melihatkan saya tengah study hard... lepas tu dia pun bangun sama untuk study.

Sijil, Medal, Buku dan Penerbitan Refereed yang di pamerkan semasa pembentangan di UiTM Kuala Pilah

Alhamdulillah, setelah tiga tahun cuti belajar, telah banyak menampakkan hasil dari segi penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan. Bak kata pepatah, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang.

No comments: