Monday, November 5, 2007

Yang Mana Satu Idaman Kalbu???

vs.

Hari Jumaat yang lalu, ketika warga UiTM sedang sibuk berhari raya, saya menemani zaidi yang sedang keliru di bilik rehat pensyarah. Ketika sedang bersarapan pagi, dia menerima telefon dari Fakulti di Shah Alam yang menyuruhnya memegang jawatan di MiTrans. Pagi hari sebelumnya, Prof. Azni menghantar sms berkenaan hasrat IRDC untuk melantik Zaidi mengisi kekosongan di sana. Dia jadi pening... Nak ditolak jawatan MiTrans.. itu arahan Fakulti... Nak ditolak jawatan di IRDC... ohh.. saya tahu hatinya telah lama disitu. Kedua-duanya jawatan yang melibatkan penyelidikan... Zaidi harus membuat pilihan sendiri... Setelah seketika... Zaidi membuat kata putus... IRDC pilihannya... Saya doakan agar Zaidi dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang...Insya-Allah.

No comments: