Sunday, November 4, 2007

UiTM Menang Lagi di IENA Nuremberg 2007, Germany

Seawal pukul 7.09 pagi, kami mendapat sms daripada Prof. Azni, UiTM menang 3 gold, 3 silver, dan 5 bronze daripada keseluruhan 13 produk yang di pertandingkan di IENA Nuremberg, Germany. Tahun ini merupakan tahun kejayaan bagi UiTM kerana dalam kebanyakkan pertandingan penyelidikan, UiTM telah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa malah dapat menandingi IPTA lain. Mungkin ramai yang masih tidak tahu apalah sangat erti medal yang dimenangi..(hanya seketul besi berwarna emas, perak dan gangsa). Namun hakikat sebenarnya, jika ditanya pendapat saya, kejayaan membawa pulang medal adalah amat bermakna kerana kita bertanding dalam pertandingan yang melibatkan Profesor-profesor dari universiti terkemuka dunia, malah produk penyelidikan kita juga dinilai oleh pakar-pakar industri terkemuka dunia (such as Microsoft dll.). Malah yang lebih menarik, dipertandingan seperti inilah produk penyelidikan kita dapat dijual kepada industri-industri luar negara. Teringat saya ketika pertandingan di Geneva 2006, salah seorang pensyarah UiTM berjaya menandatangani kontrak penjualan produk mereka dengan industri-industri besar di sana. Mungkinkah sahabat kita itu dah kaya raya sekarang dengan penjualan produknya? Setidak-tidaknya, dapat juga hasil daripada penat lelah kita menjalankan penyelidikan. Anyway.... tahniah pasukan UiTM di IENA, Nuremberg 2007.... Bakal menyusul tak lama lagi, pertandingan di EUREKA Brussels... dan good luck diucapkan kepada pasukan penyelidikan Prof. Dr. Normah, Dr. Suzana dan Dr. Rashidah daripada Fakulti Perakaunan UiTM.


IENA Nuremberg, the international trade show 'Ideen-Erfindungen-Neuheiten' will be displaying an impressive demonstration of the technical and creative potential shown by active inventors all over the world, with record-breaking figures: in Hall 12 of the Nuremberg Exhibition Centre, a total of around 800 inventions from 34 countries will be presented, from low tech to high tech. This represents a new record in the world's leading invention show's sixty year history. The broad spectrum of interesting inventions is impressive proof that inventors all over the world continue to work untiringly on the development of new products, practical inventions, and solutions to everyday problems. The show is open to trade visitors only for the first two days but on November 3-4 it will also open its doors to members of the general public who are interested in seeing for themselves what is happening in the world of invention.

No comments: