Friday, November 16, 2007

Rumahku Syurgaku.....

Dah hampir 4 bulan berada di UiTM segamat, terasa rindu pula nak balik ke rumah sendiri di Shah Alam. Banyak kenangan pahit manis yang berlaku di rumah tersebut sepanjang pengajian PhD kami. Pada mulanya, kami tinggal menyewa di Putra Heights. Sewanya agak boleh tahan le jugak, habis elaun rumah sebulan. Pada satu hari saya dan zaidi saja jalan-jalan pusing Shah Alam, terjumpa pulak papan tanda Bukit Bandaraya.... eh... macam menarik jer... Kami pun pusing-pusing tengok, masa tu fasa 1 (palatium) dah pun siap... Jengok-jengok melalui sliding door rumah kosong... macam menarik jer... Esoknya, kami pun pergi ke Lebar Daun, nak bertanyakan pasal ada lagi ke yang kosong?? Dah habiss..... tapiiii.... Fasa 2 (Salacia) masih di buka untuk jualan. Memandangkan Fasa dua pun dah hampir 80% siap, harganya pun dah melambung naik... tapi tak per.... bak kata orang.. beli rumah adalah satu pelaburan... lagipun, kalau 80% siap, risiko nak terbengkalai amat tipis. Salesman kat lebar daun tu pun asyik promote, katanya Fasa dua rumahnya lebih besar....lebih cantik sebab sliding door digantikan dengan tingkap spanish style. Kamipun sekali lagi pergi melihat rumah tersebut... ok.. confirm...

Bila dah siap, saya dan zaidi pun sibuk nak pindah barang... entah macam mana, terperasan pulak yang rumah ni tak de sliding door... abis cam mana nak bawa masuk sofa....tak muat lah pulak sebab pintu kecil jer... Aduhai.......nak kena pecah pintulah pulah.... Kebetulan pula masa tengah renovate pintu ada dua tiga bakal jiran yang datang menyinggah nak berkenalan. Yang sorang tu baru habis renovate rumah. Bila saya kata sofa tak muat nak masuk, barulah dia teringat akan sofanya juga.... memang tak muat pun... Apalagi.... terpaksa panggil balik tukang rumah untuk pecah pintu. Kesian kat jiran tu. Punya bersemangat nak angkut barang, tetiba kena ubah plan pulak. Moralnya, lain kali kalau beli rumah baru kena ukur pintu sebelum pindah.
Sahabat pertama yang datang ke rumah saya adalah En. Jo dan kak Zaini. Kebetulan pada masa itu mereka datang nak menziarahi kami yang baru kehilangan anak kembar. Masa tu rumah pun masih tunggang langgang... nak cari cawan pun masih nak kena buka kotak. Nasib baiklah dekat dengan kedai makan seksyen 8. Zaidi pun ke sana mencari soto untuk dihidangkan kepada Kak Zaini sekeluarga. Insya-Allah 1 Disember nanti kami akan kembali semula ke Shah Alam. Buat sementara waktu, rumah kami di huni oleh adik saya sekeluarga yang baru pulang dari UK. Kebetulan pula rumah baru mereka di Nusa Rhu masih dalam proses memasang lampu, boleh le tolong jadi jaga sekejap....

No comments: