Saturday, November 3, 2007

PhD Series - What is PhD??

Sekarang musim rakan-rakan melanjutkan pengajian PhD. Ramai yang dah mula terbang ke serata dunia mencari ilmu untuk bergelar Dr. Di peringkat permulaan, macam-macam petua yang diberikan oleh senior-senior yang telah melalui pelbagai pengalaman PhD. Ada yang kata..."you have to start by reading articles..", ada yang kata " you have to start writing chapter 1.." dan bermacam-macam lagi. Adakalanya, petua-petua tersebut berguna dan adakalanya tidak praktikal...bergantung kepada sejauh mana kita faham apakah maksud PhD yang sebenarnya. Jika di tanya pendapat saya, perkara paling penting bila memulakan PhD adalah dengan memastikan kita faham apa itu PhD, apa bezanya PhD dengan research biasa dan sejauh manakah kekuatan research methodology kita. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengkaji buku-buku research methodology atau any other books related to PhD. Jika kita yakin kita telah mahir dengan ilmu-ilmu penyelidikan, seterusnya adalah dengan penyediaan P-cubed paper (or known as Pre-PhD Research Proposal).

"The PhD degree...implies that an individual has demonstrated an ability to pursue a research problem to a meaningful conclusion and has made a significant contribution to the advancement of basic or applied knowledge"

Committee on education of the International Union of Biochemistry and Molecular Biology, 1999

No comments: