Thursday, November 22, 2007

Lapar.....

40 Swiss Franc = RM114.00

Ketika kami ke Geneva Switzerland pada tahun 2006, tidak banyak bekalan makanan yang dibawa. Pada anggapan kami, mungkin banyak yang boleh di beli disana... tambahan pula, kami dimaklumkan, akan ada wakil dari kedutaan Malaysia yang mengambil upah membekalkan makanan. So.. bawa maggi mee & biskut cukuplah... Bila sampai di sana, hari pertama memang tak de orang datang ambil order. Lagipun kami sampai awal 2 hari sebelum exhibition bermula. Saya dan zaidi pun dengan confidentnya pergi ke pasaraya yang terletak berhadapan dengan Etap Hotel. Wah.... banyaknya barang makanan... tapi....... belek punya belek.. semuanya tulis bahasa perancis. Alamak.... cam ner ni.... nak beli roti pun tak confident, sebab tengok expiry date lagi sebulan, kalau kat Malaysia roti Gardenia pun tahan tak sampai seminggu. Berbekalkan sedikit ilmu masakan kek & roti yang saya tahu, kalau tahan sampai sebulan selalunya mesti ada wine. Ish... pening betul.. nak baca ingredients, tak faham, nak tanya pekerja pasaraya, sepatah bahasa Inggeris pun mereka tak tahu. At last, kami bawa sebuku roti kepada seorang pekerja dan tunjukkan kepada dia botol wine yang ada kat pasaraya tersebut. Lepas tu dia pun mengangguk-angguk tanda faham pertanyaan kami dan terus membaca ingredients roti tersebut. Tiba-tiba dia buat isyarat (yang kami faham) bahawa roti tersebut mengandungi wine, dan terus membelek-belek roti lain yang ada di atas rak. Seketika, dia mengajukan kepada kami sebuku roti "English toast" yang diimport dari England beserta isyarat mengatakan roti tersebut tiada wine. Saya pun membelek-belek.. bahasa perancis juga.. cuma expiry datenya cuma 2 minggu. Bila balik bilik, mak oiii.... English toast ni keras rupanya... emmm kena celup dalam air teh lah nampaknya. Hari kedua, kami setup booth di Geneva palexpo, alhamdulillah ada orang datang ambil order.. tapi harganya, 10 swiss franc (tukaran matawang 1 swiss franc = RM 2.85). Huh... 2 orang makan, 20 swiss franc (itu baru makan tengah hari). Kebetulan pula masa tu musim sejuk.... cepatlah lapar... So, waktu malam kami makan maggi jer. Tapi kalau dah 3, 4 hari makan maggi, tak boleh jadi...... Kami pun pergi ke bandar Geneva, cari kedai Arab.... jumpa lah kedai Lubnan.. adalah daging panggang, kebab dll. Cuma, harganya agak mahal. Tapi...lapar punya pasal... mahal pun mahal lah.... janji perut kenyang. Pengalaman di Geneva mengajar kami untuk bersedia membawa makanan dengan banyak bila ke luar negara.


Kitchen di Coatel Hotel, Gangnam, Seoul
Ketika kami ke korea pada disember 2006 dan jun 2007, kami turut membawa periuk nasi (kecil), beras, "Brahims" dan serunding. Di korea, kami menyewa apartment beserta dengan dapur untuk memasak.. (siap masak udang masak merah lagi..). Malah, bahan mentah untuk memasak boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Saya tak berani menggunakan periuk yang disediakan oleh pihak hotel, so saya gunakan periuk nasi (bahagian dalam) untuk memasak lauk dahulu, kemudian barulah masak nasi. Ketika kami ke US pada awal june 2007, walaupun tak boleh bawa periuk kerana electricity nya tak sama, kami tetap membawa roti, serunding, tuna dan lain-lain.

No comments: