Friday, November 16, 2007

Exam oh Exam....

Lama juga tak update blog lantaran terpaksa mengambil alih tugas memeriksa kertas final exam yang ditinggalkan oleh rakan-rakan yang pergi belajar. 3 tahun tak marking, menyebabkan saya agak teliti dalam memeriksa kertas jawapan. Semuanya nak kena refresh dulu. Formula-formula Excel, nak kena recall semula. Subjek AIS, bagi saya ianya adalah satu subjek yang senang untuk score. Namun, sedih bila melihat jawapan para pelajar yang majoritinya gagal dan yang lulus hanya cukup makan. Yang lagi menyedihkan, formula yang senang-senang (+, - cell excel pun ramai yang salah). Dimanakah silapnya? Jika nak dikatakan pelajar tak mahir, markah continuous assessment nampaknya agak tinggi. Adakah pelajar cepat panik ketika final exam? Terfikir juga nak buat research on "Factors determining students performance on AIS subjects".

No comments: